Miera Leyana Dipuji Mesra Bersama Anak Tiri

Miera Leyana Dipuji Mesra Bersama Anak Tiri

Kontroversi rumah tangga pelakon Miera Leyana bersama suaminya, Rosland Othman menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas madunya, Adibah Mutalib enggan bercerai.

Bukan itu sahaja, Adibah turut mendedahkan suaminya tidak pulang ke rumah dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dalam memberi nafkah sejak berkahwin dengan aktres tersebut pada 2020.



Lantaran itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan Instagram Miera serta menghamburkan kata-kata toksik, menganggap aktres ini menjadi punca suaminya berubah terhadap isteri pertama.

Menerusi hantaran di Instagram Stories (IGs), Miera meluahkan rasa kesal apabila individu memetik nama arwah bapanya.

Meskipun teruk dihentam, segelintir netizen turut memberi sokongan menerusi ruangan mesej di Instagram miliknya.

Menurut netizen, anak-anak tiri iaitu dua anak perempuan Adibah tampak sangat mesra dan menyayangi Miera.



Sebelum ini, Miera mengakui ada dua kisah penceritaan berbeza disebalik kemelut rumah tangga yang dilaluinya bersama suami dan madu.

Pada Selasa, Adibah dan Rosland hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi urusan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) rumah tangga mereka.

Adibah hadir bersama peguam syarie, Mohd Junid Ramli dan melantik abang sulungnya, Azman Abdul Mutalib sebagai wakil JKP.

Sebelum ini, Adibah mendedahkan Rosland bertindak mengambil anak keempat mereka iaitu Nur Anisa tanpa pengetahuannya dan kini tinggal bersama suami.



Untuk rekod, Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Pada 25 Julai 2020, Rosland menikah satu lagi dengan Miera dan memiliki seorang cahaya mata. Xtra

Miera Leyana Dipuji Mesra Bersama Anak Tiri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker