Kamal Adli bengang Uqasha Senrose kena perli

Kamal Adli bengang Uqasha Senrose kena perli

AKTOR Kamal Adli kesal dengan sikap segelintir netizen yang sering memerli dan bertanyakan tentang anak kepada isterinya yang juga pelakon Uqasha Senrose.

Sedar mereka masih belum dikurniakan rezeki zuriat, kata Kamal, warganet sepatunya menjaga sensitiviti dengan tidak mempersoalkan tentang perkara itu kepada isterinya.



“Saya memang kesian dengan dia. Saya pun dah bercakap dengan Uqasha untuk tidak kerap membaca komen di media sosial.

“Orang sekarang ini memang suka dan mereka hanya mahu ‘memancing’ kita dengan memberikan respon terhadap komen-komen mereka itu.

“Mereka akan usaha berikan komen yang paling ‘pedas’ dan bangga bila kita berinteraksi bersama mereka.

““Orang luar hanya tahu menilai dan mungkin mereka meletakkan dirinya mereka di tempat yang paling mulia. Saya pesan kepda Uqasha untuk tidak pedulikan orang luar,” katanya ketika ditemui URTV baru-baru ini.



Justeru itu, Kamal sentiasa menasihakan Uqasha agar tidak terlalu ‘larut’ dengan komen-komen negatif netizen di media sosial.

Jelasnya, hanya dia dan Uqasha lebih mengetahui apa yang mereka lalui bersama berbanding orang luar yang hanya pandai menudingkan jari tanpa tahu hal sebenar.

“Yang faham situasi kami ini hanyalah saya dan Uqasha. Orang lain tidak akan faham apa yang kami lalui. Sebagai contoh, apabila Uqasha mengalami keguguran, hanya kami sahaja yang merasai perkara itu.

“Mereka tak peduli pun fasal kita. Fokus pada kerja dan kesihatan kita sahaja. Jangan kerja terlalu lasak sehingga boleh membahayakan kesihatan,” tegasnya.



Sementara itu, Kamal turut meluahkan rasa bimbangnya terhadap senario media sosial hari ini yang disifatkan hanya ingin bermegah-megah.

“Saya tak kisah Uqasha nak kongsikan apapun di media sosial tapi jangan peduli apa yang orang cakap kerana dia akan makan diri sendiri. Sebab itu juga saya jarang aktif di media sosial ketika ini.

“Makin hari, tingkah laku orang ramai makin pelik di media sosial. Saya tertanya-tanya mengapa mereka sebegitu? Dunia ini macam dah terbalik.

“Kalau mereka berkongsi fasal kehidupan mereka yang hebat contohnya dari segi kereta, pada saya, orang tidak akan berkongsi fasal perkara sedih atau susah.



“Jangan percaya apa yang ditunjukkan di media sosial kerana mereka hanya ingin menunjuk apa yang kita nak tengok sahaja. Mereka nakkan pujian. Banyak orang tak jujur di media sosial,” katanya.

Sebelum ini, Uqasha pernah mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali pada 2022.

Kamal dan Uqasha telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Utv

Kamal Adli bengang Uqasha Senrose kena perli



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk



Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker