Amanah bidas MB Terengganu ‘hilang’ ketika rakyat susah depan dengan banjir

 

PETALING JAYA: Sebagai ketua kerajaan negeri, tidak wajar Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar “hilang” ketika rakyatnya berdepan bah besar, kata seorang pemimpin Amanah.

Ketua Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Ahmad, berkata seorang “ayah” seharusnya bersama “anak-anak” yang sedang ditimpa musibah untuk memberi sokongan moral, bukan hanya sekadar menghantar wakil untuk memantau.



“Seorang ayah mestilah bertanggungjawab. Kehadiran ayah mesti memberi satu semangat besar…bukan semua keputusan di tangan Exco kerana mereka ada had kuasa.

“Sebaliknya, menteri besar boleh minta bantuan terus kepada kerajaan pusat, tapi Exco tak boleh,” katanya kepada FMT

Beliau mengulas laporan sebuah portal yang memetik seorang Exco Terengganu berkata tidak timbul sebarang isu kesiapsiagaan banjir di negeri itu walaupun ketiadaan menteri besar.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional Terengganu Hanafiah Mat turut mengesahkan keberadaan naib presiden PAS itu di New Zealand ketika ini dan dilaporkan akan pulang lewat hari ini.



Raja Kamarul berkata, tindakan lambat Samsuri itu menunjukkan beliau tidak prihatin dengan nasib rakyat negerinya kerana enggan pulang lebih awal.

“Bukan jauh sangat New Zealand balik ke Malaysia, boleh je pendekkan lawatan dan ambil penerbangan balik terus. Hanya mahu dengan tidak saja,” katanya.

Raja Kamarul juga berkata, walaupun orang luar menyifatkan bencana tahun ini sebagai luar biasa, namun beliau percaya Samsuri hanya menganggap bah itu sebagai biasa.

“Kita dah tahu banjir kali ni akan jadi lebih teruk, dah ramal dah luar biasa dan semua pegawai kanan kerajaan cuti mereka dibeku tetapi menteri besar, ketua kerajaan negeri macam mana dia boleh ke Auckland. Pergi 11 Dis dan balik 22 Dis, kami semua tahu butiran dia.



“Pada kita dan orang di luar sana, musibah ini luar biasa tetapi pada menteri besar Terengganu ini perkara biasa.”

Beliau turut mengimbas kejadian di mana Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang terputus bekalan air selama beberapa bulan pada awal tahun ini, tetapi menteri besar lambat turun ke lokasi.

“Masa putus air awal tahun ini, dekat sebulan tiada air paip. Menteri besar ada di Kuala Lumpur, hari keenam ketujuh baru balik jenguk masalah air.

“Samsuri ni mesyuarat Exco pun dia buat di Kuala Lumpur, kita pun tak pasti dia ni menteri besar Terengganu atau menteri wilayah, sampai ada orang kata Terengganu tiada menteri besar,” katanya.



“Beliau (Samsuri) memang tak prihatin langsung. Tak fikir orang lain akan kata apa.”

Setakat ini, seramai 40,889 mangsa daripada 11,360 keluarga di Terengganu ditempatkan di 298 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan 11,360 keluarga.

Situasi luar jangka juga dilaporkan berlaku 15 PPS di Terengganu apabila 1,600 mangsa terpaksa dipindahkan semula ke lokasi lain selepas PPS berkenaan dinaiki air.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa dilaporkan berkata, selain masalah kekurangan aset berat, proses pemindahan mangsa di sesetengah kawasan terjejas banjir juga berdepan kekangan disebabkan banyak kawasan baharu tidak pernah dinaiki air turut dilanda banjir kali ini.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker