Saya tak pasti gambar lucah itu payudara ‘pengadu’

Saya tak pasti gambar lucah itu payudara ‘pengadu’

TENOM: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong memberitahu mahkamah dia tidak mengetahui sama ada ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan) ada menghantar gambar lucah kepada pendakwah terkenal, Ebit Lew.

“Beliau (pengadu) memang tidak pernah memberitahu kepada saya. Malah, saya juga tidak bertanya kepada beliau dan ini kali pertama saya melihat gambar berkenaan.

“Saya juga tidak boleh pastikan sama ada gambar lucah itu adalah gambar payudara ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan) atau orang lain,” katanya.

Firdaus berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria pada sesi pemeriksaan semula perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini.

Sementara itu, Firdaus yang juga pendakwah bebas pada perbicaraan sebelah pagi memaklumkan kepada Mahkamah Majistret bahawa kumpulan Whatsapp NOBODY yang diwujudkannya kini tidak lagi aktif.

Menurutnya, ia berikutan semua aduan mangsa berkaitan sudah dikendalikan polis. BH

Saya tak pasti gambar lucah itu payudara ‘pengadu’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker