PU Azman Semakin Kurus

PU Azman Semakin Kurus

Penceramah selebriti, PU Azman dilihat hadir pagi ini ke Mahkamah Sesyen Seremban bagi perbicaraan lima pertuduhan yang dihadapinya iaitu amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 42, mengenakan baju kurta berwarna kuning serta berkopiah hitam kelihatan tersenyum sambil ditemani peguamnya.



Dia juga sempat memberitahu media bahawa dirinya masih menerima tawaran memberi ceramah meskipun sedang berdepan tuduhan di mahkamah.

Job masih macam biasa, cuma tak kongsi di media sosial. Jemputan ceramah seperti biasa.

Pendakwah itu yang kelihatan lebih kurus daripada kebiasaan menjelaskan bahawa dia sering melakukan aktiviti hiking dan berdiet sejak kebelakangan ini.

Ramai tanya kenapa kurus. Saya diet. Aktiviti juga seperti biasa. Saya banyak pergi hiking.



Terdahulu, PU Azman didakwa atas tuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu.

Dia juga turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang. Bn

PU Azman Semakin Kurus



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal



Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel



Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker