Seorang pemandu rentung, kereta langgar konkrit pembahagi tol di plaza tol Sitiawan

Seorang individu rentung apabila kereta dipandunya terbakar selepas melanggar konkrit pembahagi tol di plaza tol Sitiawan, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.25 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan tiba di lokasi 20 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati terdapat sebuah kereta jenis Toyota musnah terbakar sebanyak 80 peratus, dipercayai akibat melanggar pembahagi tol.



“Didapati terdapat seorang mangsa terperangkap dalam kenderaan dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, komander operasi, Khairul Azizi Kamaruddin kemudian mengarahkan anggota melakukan pemadaman menggunakan satu aliran ‘hose reel’ sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Beliau menjelaskan, identiti dan jantina mangsa tidak dapat dikenal pasti berikutan keadaan tubuhnya yang hangus terbakar.

Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan daripada kenderaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tersebut tamat pada pukul 12.15 tengah malam. –



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker