Minyak hitam percuma di Pelangai

Minyak hitam percuma di Pelangai

BN menawarkan penukaran minyak hitam (pelincir) percuma kepada penunggang motosikal berhampiran salah sebuah bilik gerakan mereka, di Kampung Shafie, dekat Simpang Pelangai, malam tadi.

Ketika tinjauan Malaysiakini kira-kira jam 9 malam, sekurang-kurangnya 15 penduduk dengan motosikal masing-masing beratur mendapatkan perkhidmatan itu.



Seorang lelaki yang memakai vest BN memberitahu Malaysiakini bahawa 50 botol minyak motosikal 4T telah disediakan.

Kesemua penerima minyak pelincir percuma itu melahirkan rasa syukur kerana dapat menjimatkan sedikit wang perbelanjaan mereka.

Seorang penduduk, Mohd Razif Mohd Diah, 18, berkata, dia gembira menerima penukaran minyak enjin percuma bagi motosikal Honda C70 miliknya.

“Sebab kalau nak beli minyak enjin sebotol ada yang mahal dan yang murah.



“Jika kita mahukan minyak yang berkualiti, maka kita perlu bayar lebih. Tapi yang murah pun okay. Terima kasih saya ucapkan kepada penganjur kerana memberi kami minyak percuma ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya mengenai kecenderungannya pada pilihan raya kecil itu, Razif berkata dia tidak layak mengundi kerana belum mencecah usia 18 tahun.

Senarai pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang digunakan untuk pilihan raya ini kali terakhir dikemas kini pada Mei.

Sementara itu seorang pesara, Shaharuddin Mohd Dahalan, 62, berkata dia biasanya menukar minyak enjin Honda EX5 miliknya untuk setiap tiga atau empat bulan dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM15 setiap kali berbuat demikian.



“Saya gembira dengan usaha mereka. Jarang dapat peluang sebegitu, dan saya menghargai peluang sebegitu sekali-sekala,” katanya. Mk

Minyak hitam percuma di Pelangai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik



Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker