Malaysia rugi RM6.1 bilion akibat banjir

Malaysia rugi RM6.1 bilion akibat banjir

Perubahan iklim menyebabkan corak bencana alam berubah dan mengakibatkan banjir pada akhir tahun lepas dan awal tahun ini yang menyebabkan negara mengalami kerugian keseluruhan RM6.1 bilion, kata Ketua Perangkawan, Uzir Mahidin.

Beliau dalam kenyataan Kompendium Perangkaan Alam Sekitar 2022 Jabatan Perangkaan (DOSM) berkata, kerugian itu bersamaan 0.4% keluaran dalam negara kasar pada harga nominal.



Katanya, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada awal separuh tahun pertama dan kemudian pelan pemulihan negara (PPN) pada separuh kedua 2021, dengan kelonggaran pergerakan penduduk serta pembukaan semula aktiviti ekonomi memberi pelbagai kesan kepada keadaan alam sekitar negara tahun lepas seperti peningkatan kualiti udara secara keseluruhan.

“Indeks pencemaran udara (IPU) mencatatkan status kualiti udara ‘baik’ dan ‘sederhana’ untuk 2021. Bacaan IPU menunjukkan penurunan tahap pencemar udara, terutama di bandar-bandar utama di seluruh negara disebabkan pelepasan bahan pencemar udara lebih rendah daripada asap kenderaan bermotor, pelepasan cerobong industri dan aktiviti pembakaran terbuka,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata, peningkatan kes Covid-19 turut meningkatkan penggunaan kelengkapan pelindung diri (PPE) dan alat pengujian Covid-19, selain pembukaan kemudahan kesihatan baharu, pusat kuarantin dan vaksinasi memberi impak secara langsung ke atas pengurusan sisa klinikal.

“Kuantiti sisa klinikal meningkat 43.9% pada 2021 kepada 57,400 metrik tan berbanding 39,900 metrik tan pada 2020,” katanya.



Beliau berkata, tiga negeri merekodkan jumlah sisa klinikal terbesar, iaitu Selangor sebanyak 13,000 metrik tan, Sarawak 8,300 metrik tan dan Kuala Lumpur 5,900 metrik tan.

Katanya, kadar kes kemalangan di jalan raya mencatatkan penurunan sebanyak 11.5%, iaitu penurunan sebanyak 47,951 kes berbanding 2020, manakala jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya juga menurun 95 kes kepada 4,539 kematian pada 2021 berbanding 4,634 kematian pada tahun sebelumnya.

Uzir berkata, DOSM sedang menjalankan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2022 hingga 31 Dis ini dan amat menghargai kerjasama daripada responden terpilih untuk memberikan maklumat kepada DOSM bagi menjayakan soal selidik itu. FMT

Malaysia rugi RM6.1 bilion akibat banjir




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar



Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker