MP Amanah mahu Ramasamy dipecat jawatan TKM Pulau Pinang

MP Amanah mahu Ramasamy dipecat jawatan TKM Pulau Pinang

Gesaan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy agar perdana menteri memecahkan dominasi orang Melayu dalam sektor awam hanya “menyusahkan” Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.

Katanya, kenyataan seumpama itu juga bertentangan dengan dasar Malaysia Madani dan merupakan sabotaj kepada usaha yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.



Justeru Mohd Sany berkata, tindakan paling sesuai dilakukan terhadap Ramasamy adalah dengan memecat jawatannya selaku timbalan ketua menteri II Pulau Pinang.

“Ramasamy sekali lagi mencari pasal dan cuba menjadi hero kaumnya dengan publisiti murahan.

“Tindakan sebegini sudah tentu menyusahkan Pakatan Harapan.

“Tindakan paling sesuai bagi saya adalah memecat beliau dari menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kerana saya yakin ramai lagi pemimpin yang lebih berwibawa untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan.



Semalam Ramasamy dilapor menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu sejak dasar itu dilaksanakan ketika era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.

Ramasamy berkata hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina, tidak lagi terpakai.

Dia turut mendakwa turut terdapat diskriminasi kaum secara rahsia yang berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam.

Mengulas lanjut, Mohd Sany berkata dia yakin DAP juga tertekan dengan kenyataan seumpama itu.



Bagaimanapun dia meminta parti itu berbuat sesuatu kerana ia bukan kali pertama dikeluarkan oleh pemimpin berkenaan.

“Bagi saya, ia tidak wajar keluar dari rakyat negara ini jika mereka mahu menjaga keharmonian antara kaum.

“Oleh itu, saya menyeru rakyat negara ini jangan melayan orang semacam ini,” katanya. Mk

MP Amanah mahu Ramasamy dipecat jawatan TKM Pulau Pinang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker