Anwar jelaskan sebab Nazri dilantik jadi duta Amerika

Anwar jelaskan sebab Nazri dilantik jadi duta Amerika

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tidak ada salahnya bekas menteri persekutuan, Nazri Aziz, dilantik duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS).

Beliau menegur pihak yang cuba menimbulkan isu mengenai pelantikan itu, dengan berkata keputusan terbabit dibuat awal tahun lalu.



“Apa masalah dia sebagai duta. Pelantikan dilakukan hampir setahun lalu. Ia mengambil masa enam bulan AS mengesahkannya.

“Apabila saya menjadi perdana menteri, saya menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk tangguh sedikit sehingga saya membentuk Jemaah Menteri. Ini disebabkan mereka (Jemaah Menteri) harus dimaklumkan jugga mengenai pelantikan itu,” katanya kepada media pada satu majlis.

Pada Khamis, bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu telah dilantik sebagai duta besar ke AS.

Wisma Putra dalam kenyataan, berkata Nazri dan sembilan lain menerima watikah pelantikan sebagai ketua perwakilan diplomatik baharu daripada Agong menerusi satu istiadat, di Istana Negara.



Terdapat khabar angin sejak Februari tahun lalu bahawa wakil Umno dan bekas menteri itu akan dilantik sebagai duta besar ke AS.

Pada Jun 2022, Nazri menepis khabar angin itu, memberitahu FMT ia hanya spekulasi dan berkata “tunggu sahaja”.

Beliau sebelum ini dikaitkan dengan jawatan duta ke Switzerland, walaupun dilaporkan telah ditolak kerajaan Switzerland.

Kementerian Luar berkata, Nazri mempunyai pengalaman luas dalam Jemaah Menteri sebelum ini dengan memegang portfolio pelancongan, undang-undang dan pembangunan usahawan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN). FMT



Anwar jelaskan sebab Nazri dilantik jadi duta Amerika

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker