MB Kelantan ‘saiko’ ahli UMNO untuk undi PN demi perubahan UMNO

Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud berkata jika ahli dan pengundi Umno-BN mahu melihat perubahan berlaku dalam parti itu, mereka perlu memenangkan PN dalam dua pilihan raya kecil (PRK) di Johor pada 9 Sept ini.

Mohd Nassruddin berkata ia kemenangan PN juga adalah untuk memberi kesedaran kepada kepimpinan tertinggi Umno bahawa ahli mencari pemimpin yang bebas daripada rasuah, bukannya yang “membebaskan perasuah”.

“Sebagaimana kita tahu dalam PRN (pilihan raya negeri) yang lalu rakyat sudah menolak Umno-BN sehingga mereka kalah teruk di Kelantan dan hanya menang satu kerusi saja daripada 45 kerusi.

“Kenapa? Adakah di Kelantan tak ada ahli Umno? Ada, tapi kenapa orang Kelantan tak sokong? Kerana orang Kelantan tengok kepimpinan Umno terlalu teruk sekarang ini. Bukan setakat teruk, tetapi terlalu teruk.

“Jadi, kalaulah ahli Umno ini nak tengok perubahan berlaku pada Umno dalam PRK ini kena undi PN. Baru pemimpin tertinggi Umno sedar, kita nak cari pemimpin yang bebas rasuah bukan kita nak cari pemimpin yang bebaskan perasuah,” katanya ketika berucap dalam ceramah Grand Finale PN Simpang Jeram di Muar, malam tadi.

Menurut Mohd Nassruddin, memilih pemimpin yang bebas daripada rasuah dan bukan yang membebaskan perasuah adalah dua perkara berbeza.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu, dia dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim ekoran keputusan pihak pendakwaan menghentikan prosiding ke atas Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang berdepan dengan 47 pertuduhan rasuah.

Tindakan itu menyebabkan hakim melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) timbalan perdana menteri itu.

Bagaimanapun status DNAA itu masih membolehkan Ahmad Zahid didakwa semula di mahkamah.

Mengulas lanjut, Mohd Nassruddin turut mengingatkan semua pihak khususnya pengundi DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai mengenai pentingnya memilih pemimpin kerana ia berkaitan dengan dosa dan pahala.

“Jangan ingat pilih pemimpin ini tidak ada dosa pahala, kepimpinan ini amanah.

“Nabi sebut kepimpinan itu adalah suatu amanah dan merupakan kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat kecuali orang yang menjawat jawatan kepimpinan dengan cara yang hak dan dia melaksanakan, menunaikan amanah itu dengan cara yang senang barulah dia tidak akan hina dan tidak akan menyesal pada hari kiamat.

“Oleh kerana itu saya menyeru pengundi-pengundi di Simpang Jeram dan Pulai dalam PRK esok (Sabtu) supaya memberikan undi kepada calon yang mewakili PN,” katanya.

Sementara itu, di pentas yang sama Ketua Penerangan PN, Mohamed Azmin Ali berkata reformasi yang diperjuangkan kepimpinan Anwar kini lebih kepada “reformati”.

“Saya kenal dengan beliau ini cukup lama, beliau bertopengkan istilah reformasi tetapi sebenarnya apa yang telah kita umumkan semalam bukan reformasi tapi reformati yang telah terkubur dan tidak ada sebarang usaha untuk memulihkan ekonomi negara dan mengangkat martabat umat dan rakyat keseluruhannya,” kata Pengerusi PN Selangor itu.

Justeru, Adun Hulu Kelang itu berkata pengundi di dua kawasan PRK Johor tidak perlu takut untuk mengundi PN dan PAS.

Sebaliknya, kata Azmin apa yang perlu ditakutkan adalah “perompak dan perasuah”.

“Tuan-tuan, khususnya para pengundi bukan Islam di Simpang Jeram jangan takut dengan PN. Jangan takut dengan PAS, (tetapi) yang kita (perlu) takut adalah perompak, yang kita (kena) takut adalah perasuah, yang kita (kena) takut adalah orang yang tidak jujur dan ikhlas dalam memimpin negara dan umat Malaysia ini,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling

Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil

Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian

Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker