Penafian Muhyiddin beri kontrak pada menantu, Anwar kata tunggu laporan

Penafian Muhyiddin beri kontrak pada menantu, Anwar kata tunggu laporan

Dakwaan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin memberi kontrak lumayan kepada menantunya tidak akan mendapat perhatian “jika tidak benar”, kata Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, perdana menteri berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan menyiasat perkara itu sedalamnya dan menghantar laporan siasatan.

“Saya tidak fikir perkara ini dihebahkan sedemikian rupa jika tidak benar. Ada kebenarannya, namun sejauh mana kita tidak tahu. Tunggu laporan.

“Tujuan kita untuk stop this (hentikan ini). Mana-mana menteri tidak boleh kayakan anak atau menantu dia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rasminya.

Kelmarin, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, menafikan terlibat dalam pemberian kontrak bernilai berbilion ringgit yang didakwa diberikan kepada menantu lelakinya, ketika berkuasa di Putrajaya.

Muhyiddin berkata, sewaktu menjadi perdana menteri, beliau sama sekali tidak terlibat dalam proses penganugerahan kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada IRIS Corporation Berhad yang dijalankan secara tender terbuka.

Pada Khamis, FMT melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penganugerahan kontrak kepada menantu Muhyiddin, Adlan Berhan.

Adlan dinamakan dalam laporan media pada 2020. Beliau dikaitkan dan mungkin merupakan pemain utama dalam satu konsesi sistem imigresen.

Menurut laporan The Vibes, Adlan didakwa mempunyai kaitan dengan seorang daripada pendahulu projek itu, penyedia penyelesaian keselamatan S5 Holdings Inc.

Tetapi, Pengarah Urusan Kumpulan S5, Syed Mohammad Hafiz Jamalullail dipetik The Edge pada 2021 berkata, dalam kalangan hubungan politiknya, termasuk Adlan, tiada orang yang terbabit dalam S5.

Sistem itu dilapor dicadangkan Muhyiddin ketika menjadi menteri dalam negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan dari 2018 hingga 2020, selepas Sistem Kawalan Imigresen Nasional dibatalkan Muhyiddin akibat kos tinggi.

Kos NIIS dianggarkan sekitar RM1.2 bilion, kira-kira 66% kurang daripada kos projek terdahulu yang bernilai RM3.5 bilion.

Perolehan vaksin Covid-19 tidak ikut peraturan

Dalam perkembangan berasingan, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada SPRM menyiasat dakwaan perolehan vaksin Covid-19 tidak mengikut peraturan.

““Itu serah pada badan penyiasat, SPRM dan lain-lain bukan urusan saya lagi. Yang saya beri itu hanya kenyataan disediakan oleh KKM (Kementerian Kesihatan) dan Jemaah Menteri mengambil perhatian.

Pada 8 Feb, Anwar berkata, ada sebahagian perolehan vaksin tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Ini bukan soal mana-mana menteri tertentu. Para menteri yang terlibat perlu menjawab atau jelaskan,” katanya.

Dalam maklum balas, bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin, menafikan dakwaan itu dengan menyatakan semua perolehan dibuat kerajaan ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

“Justeru, AGC akan mengetahui dan memberikan ulasan mereka. Perolehan ditandatangani oleh KKM,” katanya dalam mesej WhatsApp. FMT

Penafian Muhyiddin beri kontrak pada menantu, Anwar kata tunggu laporan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker