Najib gesa bank lanjut moratorium pinjaman secara automatik

Najib Razak menggesa bank supaya melanjutkan moratorium pinjaman secara automatik sehingga akhir tahun ini dengan mengambil kira peningkatan penularan Covid-19 sejak akhir-akhir ini.

Katanya, lanjutan moratorium pinjaman itu sedikit sebanyak memberi impak kepada ekonomi dan pendapatan rakyat.

Najib, yang juga bekas menteri kewangan berkata, bagi tempoh suku ke-2, iaitu April hingga Jun tahun ini, yang menyaksikan moratorium pinjaman diberikan secara pukal, bank masih mencatatkan keuntungan.

“Bagi tempoh itu, Maybank mencatatkan keuntungan RM942 juta, CIMB (RM277 juta), RHB Bank (RM400 juta), Public Bank (RM1 bilion), Ambank (RM365 juta) dan Bank Islam (RM153 juta).

“Ini bukti bahawa bank masih mampu memberi lanjutan moraotirum,” katanya di Facebook hari ini.

Najib berkata, jika lanjutan moratorium tidak diberikan kepada semua pelanggan, ia boleh dilaksanakan kepada peminjam bagi kategori penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), pinjaman di bawah nilai RM300,000, pinjaman kereta di bawah RM50,000 atau peminjam yang pendapatannya terputus atau hilang kerja sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Semua maklumat pelanggan di atas sudah ada pada bank. Cuma nak tengok jika mereka mahu beri lanjutan automatik ke tidak.

“Yang tak masuk dalam kategori di atas, terpulanglah kepada bank jika mahu luluskan permintaan pelanggan. Lagi elok jika bank lanjutkan kepada semua secara pukal seperti 6 bulan lalu.”

“Inilah masa untuk bank buktikan mereka prihatin pada pelanggan setia mereka.”

Moratorium pembayaran balik pinjaman bank mula berkuat kuasa pada 1 April lepas sebagai sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dalam menghadapi kesan penularan wabak Covid-19 dan berakhir September lepas.

Bagi tempoh 6 bulan perlaksanaannya sistem perbankan negara dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM1.06 bilion sebulan berdasarkan Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 9. FMT

UMNO Minta Bank Bantu Rakyat Terkesan Akibat COVID-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker