Ibu tunggal, jangan kecewa, bngkit dan dekatkan diri dengan Allah SWT

Ibu tunggal, jangan kecewa, bngkit dan dekatkan diri dengan Allah SWT

JIKA ditanya pada mana-mana wanita sekalipun, tiada siapa yang mahu hidup ‘bersendirian’ dan menjadi ibu tunggal lebih-lebih lagi bagi wanita yang kematian suami. Namun, siapa kita untuk menolak ketentuan Allah. Sebagai hamba- Nya, kita harus redha dengan segala ujiannya kerana Dia lebih mengetahui apa yang berlaku.

Sesungguhnya setiap ujian yang Allah berikan adalah bertujuan untuk melihat tahap kesabaran hamba- Nya. Dalam waktu yang sama, keadaan ini turut memberi peluang kepada individu terbabit untuk melihat apa yang ada pada dirinya.



Secara tidak langsung langsung akan menerbitkan rasa syukur kerana masih ada insan lain yang berhadapan dengan ujian yang lebih hebat dari dirinya. melayari kehidupan secara ‘bersendirian’ tanpa suami di sisi bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi oleh wanita bergelar ibu tunggal.

Tidak hanya perlu bangkit dari kesedihan, golongan ini juga terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membesar dan mendidik anak-anaknya di samping dari masa ke masa memastikan anak-anak memahami keadaan ibu mereka menjadi ibu tunggal.

Selain itu, sumber kewangan turut menjadi permasalahan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak pernah bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa sebelum ini.

Justeru, disebabkan itu, setiap wanita bergelar ibu tunggal perlu membuka lembaran baru kerana status ibu tunggal bukanlah penamat untuk mereka meneruskan kehidupan. Yakin bahawa setiap yang berlaku terselindung hikmah di sebaliknya.



Dalam menghadapi ujian hebat sebegini, kekuatan iman amat perlu dalam diri. Ini kerana iman yang kuat berupaya mendorong mereka meningkatkan keupayaan dan kualiti diri serta menerima ujian dengan ikhlas dan redha. Malah, menerima qada’ dan qadar Allah bahawa jodoh, pertemuan, ajal maut di tangan-Nya juga dapat menjadikan kita menerima takdir dengan hati terbuka dan bukan menganggap diri sebagai mangsa.

Bagi mendapatkan iman dalam diri, para ibu tunggal juga disarankan supaya mengikuti kelas-kelas agama bagi menambahkan pengetahuan dan kefahaman mereka tentang agama. Ilmu yang diperoleh ini secara tidak langsung dapat dijadikan panduan hidup dalam melalui hari-hari mendatang.

Menyentuh tentang stigma negatif segelintir masyarakat terhadap wanita bergelar ibu tunggal adalah antara hambatan mental besar yang terpaksa dihadapi oleh golongan ini. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan pergerakan mereka sedikit terbatas dalam masyarakat. Justeru, wanita bergelar ibu tunggal disarankan supaya menjaga aurat dan batas-batas pergaulan bagi mengelakkan sebarang fitnah.

Malah, dalam waktu yang sama perlu memiliki jati diri yang kuat bagi mengelakkan mereka memilih jalan ‘singkat’ dengan terjebak dalam kancah pelacuran, membunuh diri atau menukar agama apabila buntu memikirkan cara meneruskan kehidupan.



Tip Menguatkan Iman Dan Semangat Wanita Bergelar Ibu Tunggal

Sabar dalam menghadapi ujian Allah

Sifat sabar adalah asas dalam kehidupan seseorang. Sebagai hamba-Nya, kita dituntut agar sentiasa bersabar kerana sifat tersebut mampu menjadi benteng kepada seseorang daripada melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama.

Mencari kawan atau rakan yang memiliki pemikiran positif



Bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai fikiran positif secara tidak langsung membantu membentuk nilai positif dalam diri. Justeru, segala permasalahan yang berlaku tidak dirasakan beban sebaliknya dianggap sebagai cabaran.

Banyakkan membaca Al-Quran

Digalakkan kepada wanita yang kematian suami supaya banyak membaca Al-Quran. Percayalah bahawa Al-Quran ada penawar untuk merawat kesedihan.

Perbanyakan selawat



Ia merupakan rawatan hati di mana boleh memberi kekuatan seperti semangat dalam diri seseorang.

Banyak berdoa

Mohonlah petunjuk dan bantuan daripada Allah melalui doa yang dipanjatkan dengan perasaan yakin dan sabar. Pasti Allah dan Penyayang akan mengabulkan doa hambaNya kerana Dia Maha Pengasih dan Penyayang.

Jangan terlalu fokus pada kesedihan/masalah



Jangan terus bersedih dan hanya tunduk merenung nasib. Bangkitlah dan segera mengubah nasib. Sebaiknya juga fikirkan apa yang mampu dibuat daripada terus menangis dan hanya bersedih kerana perbuatan tersebut tidak akan mengubah apa-apa.

Jangan berputus asa

Percayalah dengan rahmat Allah dan jangan mudah berputus asa. Utv

Ibu tunggal, jangan kecewa, bngkit dan dekatkan diri dengan Allah SWT

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker