Pemain Sarawak United ‘dihalau’

Pemain Sarawak United ‘dihalau’

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan menerima laporan mengenai tunggakan gaji selama empat bulan membabitkan pemain pasukan Sarawak United hingga memaksa pemain dihalau dari tempat tinggal.

Menerusi satu kenyataan media, PFAM mengakui sudah mengeluarkan dua notis kepada Sarawak United.



Jelas PFAM, walaupun ada pergerakan pembayaran dilakukan namun ia tidak dibayar secara penuh seperti mana nilai yang dijanjikan dalam kontrak setiap pemain.

“Pada 14 Jun yang lepas, pihak PFAM mula mengeluarkan notis kepada Sarawak United FC untuk tuntutan tunggakan kepada pemain yang melakukan aduan. Notis susulan turut diberikan kepada Sarawak United FC pada 8 Julai yang lepas.

“Walaupun sudah menerima respons balas daripada pihak kelab untuk melunaskan tunggakan gaji, namun sehingga kini, tunggakan masih belum dijelaskan sepenuhnya.

“Lebih mendukacitakan, pada bulan Jun yang lepas, para pemain terpaksa berhadapan dengan situasi menerima notis untuk mengosongkan tempat penginapan mereka kerana bayaran sewa tidak dilunaskan oleh pihak kelab.



“Pihak pengurusan kelab sewajarnya memberikan fokus sepenuhnya dalam menjalankan tanggungjawab mereka bagi mengelakkan hukuman yang berat dikenakan terhadap pasukan.

“PFAM memandang serius tentang isu tunggakan gaji pemain dan akan membawa perkara ini ke peringkat NDRC dalam masa yang terdekat,” kata kenyataan itu. HM

Pemain Sarawak United ‘dihalau’


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan



Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker