PH akan tampil dengan logo baharu kerana mahu padam rekod buruk Mahathir?

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) bersetuju mengubah suai logonya sebagai tindakan memadam “cerita lama”, menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Adakah cerita lama yang drmaksudkan Anwar ini adalah rekod buruk pentadbiran PH dibawah rejim Mahathir?

Menurut laporan dari FMT, Anwar merujuk ‘cerita lama’ berhubung kritikan ketika gabungan itu memerintah kerajaan 22 bulan, sebelum tumbang dalam Langkah Sheraton.

“Jadi saya kata lebih baik lah kita bersetuju kepada satu logo dan semalam juga bersetuju logo diubahsuai supaya tak melambangkan ‘cerita lama’,” katanya.



Presiden PKR itu berkata, ketika gabungan berkenaan memerintah, ia tidak mewakili “pandangan reform”.

“Seperti yang kita sebut yang memerintah itu tidak mewakili pandangan reform, jadi beberapa keputusan itu melanggar semangat reform yang kita nak bawa,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Sabah dan Sarawak kekal diberi autonomi memilih menggunakan logo PH atau simbol parti masing-masing, dalam PRU15.

“Sabah Sarawak kita serah kepada mereka untuk putuskan sama ada mereka pilih PH atau logo sendiri,” katanya.



Ketika ditanya adakah situasi melibatkan pemimpin Umno ketika ini memberi kelebihan kepada PH memasuki PRU, Anwar dengan ringkas berkata: “Kita harus bina kekuatan PH sendiri.”

Katanya, PH harus mengambil iktibar kelemahan pemerintahan 22 bulan gabungan itu yang diketuai Dr Mahathir Mohamad, dengan memikirkan hala tuju yang tidak “menyimpang daripada apa yang telah berlaku”.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Najib penganiayaan politik – Armand



Gurauan melampau rakan

Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker