Pencapaian terburuk Malaysia dalam sejarah Sukan SEA, Hannah dan Adam perlu bertanggungjawab!

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan timbalannya Adam Adli digesa memohon maaf secara terbuka atas kegagalan negara mencapai sasaran 40 pingat emas ditetapkan pada Sukan SEA Hanoi yang berakhir semalam.

Ketua Pemuda PAS, Fadhli Shaari, berkata Kementerian Belia dan Sukan juga perlu membuat pasca nilai bagi mengetahui punca sebenar dan tidak hanya menyalahkan atlet semata-mata.

“YB menteri dan timbalannya, rakan saya Adam perlu mengambil langkah membina semula sukan negara melalui dasar perlindungan kebajikan atlet bagi mencungkil lebih ramai bakat baru.



“Selain mengakui kegagalan pengurusan di beberapa peringkat adalah merupakan penyebab utama sasaran pingat Sukan SEA edisi kali ini tidak berjaya dicapai,” katanya di Facebook.

Semalam, Hannah dilaporkan berkata analisis pencapaian kontinjen negara di Sukan SEA Kemboja 2023 hanya akan dibuat selepas semua mereka kembali sepenuhnya ke tanah air Jumaat ini.

Kontinjen negara mengumpul 176 pingat merangkumi 34 emas, 45 perak dan 97 gangsa menjadikan Malaysia berada di tempat ketujuh daripada 11 negara yang bertanding.

Fadhli berkata, keputusan diperoleh lebih mendukacitakan bagi keseluruhan rakyat, malah lebih teruk daripada pencapaian Sukan SEA ke-31 di Vietnam pada 2021.



“Malah ia menjadi titik noktah hitam negara kerana pada edisi 1983 dan 2021, Malaysia masih mampu menduduki tangga keenam bagi keseluruhan dan ia lebih mengecewakan apabila berada di bawah Singapura, Filipina dan Kemboja,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’



Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker