Sidang Dewan Rakyat kecoh isu adendum Najib

Oleh – Syeikh Baran

Sidang Dewan Rakyat kecoh isu adendum Najib

Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan membangkitkan isu adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Takiyuddin ketika bercakap pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 berkata, rakyat mahu tahu sama ada adendum berkenaan benar-benar wujud atau sebaliknya.

“Saya mahu tahu apakah perkara ini wujud. Tak mungkin para menteri yang ada dalam dewan ini tidak tahu wujud atau tidak adendum ini. Rakyat Malaysia mahu tahu ada atau tidak adendum ini,” katanya.

RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun membantah kenyataan itu dengan hujah seseorang Ahli Parlimen tidak boleh membangkitkan kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Takiyuddin bagaimanapun menafikan kenyataannya itu menyalahi peruntukan tersebut kerana beliau hanya mahu tahu kesahihan berkaitan kewujudan adendum berkenaan.

Keadaan bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen lain turut bangun dan berhujah mengenai perkara itu tanpa kebenaran Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng.



“Saya tidak membenarkan Kota Bharu untuk sebut keputusan atau kelakuan Yang di-Pertuan Agong. Harap apa-apa yang disebut kalau nak minta penjelasan, boleh minta menteri yang jawab nanti,” kata Alice Lau.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker