Budak 10 tahun pandu kereta 320km

Gara-gara merajuk gajet dirampas ibu, dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun pergi ‘membawa diri’ dengan memandu kereta sejauh 320 kilometer sebelum ditahan polis.

Pejabat Syerif Daerah Alachua berkata, anggotanya mengesan sebuah kereta sedan di Interstate 75 berhampiran Gainesville di utara Florida, Amerika Syarikat sebelum jam 4 pagi, Khamis.

Sebelum itu, ibu kanak-kanak tersebut melaporkan keretanya ‘dicuri’ anaknya dan hilang selama empat jam di kediaman mereka di North Port, barat daya Florida.



Pada awalnya, anggota polis menyangka mereka bertembung dengan penjenayah dan terpaksa mengeluarkan pistol serta mengarahkan pemandu dan penumpangnya keluar dari kereta itu.

“Sangat mengejutkan apabila melihat seorang pemandu kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dan bersama kakaknya, 11 tahun dalam kereta itu,” katanya.

Kanak-kanak itu memberitahu anggota polis bahawa mereka kecewa kerana ibu mereka merampas gajet elektronik selepas membuat perangai buruk.

Atas sebab itu mereka mengambil keputusan lari dari rumah dan menuju ke California.



Akhirnya pihak polis menyerahkan mereka kepada ibunya untuk dibawa pulang ke rumah. Bagaimanapun identiti kanak-kanak itu dirahsiakan. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker