50,000 tempat untuk generasi muda Felda belajar TVET

Karnival Kerjaya MYFutureJobs

50,000 tempat untuk generasi muda Felda belajar TVET

BENTONG: Sebanyak 50,000 tempat disediakan buat generasi muda Felda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, peluang itu ditawarkan di lebih 1,300 institusi TVET kepada generasi kedua hingga kelima tanah rancangan, dengan kursus disediakan bersesuaian dengan kehendak guna tenaga negara.



“Tentulah kursus yang diadakan tidak lagi mengikut kursus konvensional. Kita (kena) lihat bagaimana agensi dan syarikat yang menyediakan kerja … umpamanya kita mahu terlibat dalam bidang seperti pengurusan tempat peranginan, melancong, insurans atau bidang-bidang lain.

“Pada hemat saya, kursus yang disediakan hendaklah sesuai dengan pasaran dan kehendak semasa bagi membolehkan mereka memenuhi peluang pekerjaan yang luas,” kata menteri kemajuan desa dan wilayah itu semasa berucap merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs di Felda Chemomoi di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia V Sivakumar; Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Felda Shabery Cheek; dan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Umno Malaysia (Hawa) Shahrizat Abdul Jalil.

Zahid berkata, perbincangan akan dilakukan dengan pihak terlibat seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Human Resources Development Corporation (HRD Corp) untuk melihat keperluan semasa dalam kursus yang boleh ditawarkan.



Beliau berkata, Hawa sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bawah Umno juga diminta turut membantu dengan mewujudkan kursus dan latihan terbaik buat golongan wanita dan generasi muda Felda.

Selain itu, mengambil kira pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung kewujudan pusat hemodialisis dikendalikan Yayasan Felda, Zahid berkata, latihan pengurusan pusat dialisis itu adalah antara yang boleh ditawarkan kepada golongan muda.

Pada sambutan Hari Peneroka Felda 2023 di Taman Ekspo Pertanian (Maeps) Serdang, Selangor, 7 Julai lepas, perdana menteri mengumumkan peruntukan RM21 juta bagi pembinaan 12 pusat hemodialisis di seluruh wilayah Felda. FMT

50,000 tempat untuk generasi muda Felda belajar TVET



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)



13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker