Jururawat maut ditikam suami akibat cemburu

Jururawat maut ditikam suami akibat cemburu

ARAU: Polis menahan seorang lelaki disyaki menikam mati isterinya dengan sebilah pisau di kediaman mereka di Jalan Padang Nyu, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Arau, Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata mayat wanita itu ditemui di bilik tidur dalam keadaan berlumuran darah dan ditutup selimut tebal, selepas suspek menyerah diri di IPK Perlis kira-kira 10 pagi.



Beliau berkata, jururawat 31 tahun itu dipercayai ditikam pada dada kiri dalam kejadian kira-kira 6 pagi, dengan tikaman sedalam kira-kira 2cm dikesan.

“Suspek yang merupakan pesara tentera berumur 38 tahun dipercayai bergaduh dengan isterinya akibat cemburu,” katanya di lokasi kejadian di sini.

Beliau berkata, pasangan itu meninggalkan dua anak lelaki berusia lapan dan 10 tahun.

Katanya, sebilah pisau ditemui disimpan dalam sebuah beg di dapur yang dipercayai digunakan suspek dan siasatan awal mendapati lelaki terbabit mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.



Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Hospital, Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. FMT

Jururawat maut ditikam suami akibat cemburu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker