Caci maki di pentas politik bercanggah seruan dakwah

Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak tertentu yang menggunakan nama Islam, tetapi sering mencaci maki serta mencerca orang lain di pentas politik

Menurut Perdana Menteri, keadaan itu sama sekali bertentangan dengan seruan dakwah yang perlu dilakukan secara hikmah dan baik, tanpa mencerca antara satu sama lain.

“Tadi saya ke Jeneri (lokasi Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bertanding) dan sambutan tadi, ribuan yang hadir. Hari-hari saya kena maki dan ditaji tetapi tadi saya langsung tak singgung dia, beza tak?



“Sebab kita dalam politik ini apatah lagi guna nama Islam, perlu ada kaedahnya. Saya tak setuju dengan mereka tetapi adakah lawan ini kena caci maki, cerca orang setiap hari? Kemudian sambut pula dengan ‘Allahuakbar’.

“Jadi keadaannya bagi saya dah rosak sedangkan dakwah menyeru kepada kebaikan. Seruan dakwah ini mestilah dengan hikmah,” katanya ketika berucap pada Majlis Taaruf Perpaduan di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Jitra, hari ini.

Perdana Menteri dalam pada itu turut mempersoalkan, adakah itu contoh yang mahu ditunjukkan kepada anak muda?

“Saya ke Jeneri dan orang Jeneri itu (Sanusi) pun hari-hari maki saya bodoh, tiada moral dan penipu. ‘Kepala bapa hang’ itu memang amalan dah.



“Kita nak tunjuk contoh ini kepada anak muda? Sepatutnya teranglah apa nak dibuat dan apa yang dah dibuat kerana Kedah ini merupakan negeri miskin,” katanya.

Sementelah Kedah merupakan antara negeri yang miskin katanya, kerajaan negeri ini tidak seharusnya dipimpin oleh orang yang sekadar memaki dan menjerit sebaliknya dipimpin individu yang tahu bekerja serta boleh berunding dengan kerajaan Persekutuan.

Katanya, rakyat perlu menyokong kerajaan yang boleh memberi sumbangan kerja daripada mereka yang hanya tahu ‘bersyarah’ kerana setiap pihak iaitu kerajaan negeri dan Persekutuan memiliki dasar tertentu yang perlu dilaksanakan serta dijaga.

“Ini dia dakwa Anwar tak mahu jumpa sedangkan dia dah tulis dua surat. Hang tulis 20 surat pun, aku tak mahu jumpa kerana kalau orang hormat kita, kita hormat dia balik.



“Kenapa Perlis dan Kelantan saya beri termasuk tebatan banjir malah di Terengganu, juga kita lulus peruntukan segera RM200 juta untuk Tasik Kenyir yang runtuh setelah Menteri Besar cakap secara baik? Ada caranya tetapi saya akan kempen jugalah di Terengganu dan kita akan lawan juga, ada caranya,” tambahnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker