Influencer Jelita Thailand Meninggal Dunia Gara-Gara Tercekik Kebab Daging Khinzir

Influencer Jelita Thailand Meninggal Dunia Gara-Gara Tercekik Kebab Daging Khinzir

MENINGGAL dunia akibat tercekik makanan.

Begitulah kisahnya mengenai seorang selebriti media sosial dari Thailand, Arisara Karbdecho yang disahkan meninggal dunia pada 6 Jun lalu.



Model dan influencer berusia 27 tahun itu dirawat di sebuah hospital sejak Mac lalu selepas dia tercekik kebab daging khinzir dan pulut ketika menjalani sesi photoshoot.

Menurut ibunya, Supicha, 57, mereka sekeluarga sedih dengan pemergian itu namun menerima takdir dengan hati yang terbuka.

“Dia sentiasa sibuk. Dia berkejar untuk makan kebab daging khinzir dengan pulut ketika sedang bekerja, kemudian ketulan daging terlekat dalam tekaknya.

“Dia dibawa ke hospital, tapi doktor kata terlewat sembilan minit,” ujar ibunya.



Sepanjang lebih dua bulan dirawat di hospital, Arisara hanya bertahan dengan alat bantuan pernafasan sebelum menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.50 tengah hari, 6 Jun lalu.

Selain keluarga, rakan-rakan peminatnya turut meluahkan rasa sedih atas pemergian influencer itu.

“Semua sedang bersedih. Kami terkejut kejadian ini berlaku, kami doakan dia sihat. Dia masih muda dan cantik.



“Sedihnya dia telah pergi buat selamanya,” ujar rakannyaa Sirikanda Chaiburut. – Daily Star.

Influencer Jelita Thailand Meninggal Dunia Gara-Gara Tercekik Kebab Daging Khinzir

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker