Rosyam jangan jadi artis jahil – Ridhuan Tee

Rosyam jangan jadi artis jahil – Ridhuan Tee

Pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee telah membidas padangan kontroversi Datuk Rosyam Nor tentang pelacuran di Malaysia.

Di mana pelakon legenda itu menyatakan bahawa pusat pelacuran adalah satu keperluan di Malaysia pada ketika ini.



Rosyam Nor, meminta kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan pusat pelacuran agar beroperasi di negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan seks kepada pekerja warga asing.

Rosyam Nor yakin pusat pelacuran akan membantu menyelesaikan jenayah seksual di negara kita.

Rosyam berkata: “Pusat pelacuran ini ianya perlu di negara kita. Pendatang yang datang ke negara kita ini lebih kurang 3 juta. Yang bekerja dekat negara kita ini.

“Bini semua tinggal. Namanya pun lelaki… lelaki… kalau dia tak keluarkan… faham maksud saya.. dia nak tonjol kat mana.



“Dia tengok anak bini kita, anak dara kita lalu, silap silap, dia r**ol anak dara kita,” tegas pelakon veteran itu lagi.

“Dia boleh sampai ke tahap tu. Sebab benda ni bermain dekat fikiran mereka. Dan mereka pun tengok p o* n o jugak.

“Jadi apabila ada rumah pelacuran itu sekurang kurangnya dia pergi bayar kat sana.

“Itu pandangan saya secara peribadi. Korang fikir sendiri lah. Mungkin aku salah mungkin aku betul,” tegas beliau.



Pandangan itu mengundang kritikan daripada ramai pihak.

Ini termasuk Ridhuan Tee yang menganggap cadangan itu sebagai cadangan bodoh.

Dipetik dari Mstar Online, Ridhuan berkata: “Ini bukan penyelesaian. Ini cadangan yang teramat bodoh. Saya syorkan mereka ini pergi mengaji, jadi artis jangan jahil.”

Mengulas tentang pendapat Rosyam Nor yang yakin pusat pelacuran akan membantu menyelesaikan masalah jenayah seksual melibatkan warga asing, Ridhuan Tee berkata:



“Setiap masalah ada penyelesaian. Bukan cara maksiat atas maksiat. Ia tidak akan menyelesaikan masalah, malah menambahkan lagi masalah.”

Ridhuan mempersoalkan adakah kita sanggup melihat Kuala Lumpur menjadi sarang maksiat seperti Hatyai?

Dia menambah: “Setiap agama dan bangsa itu ada penyelesaian masing masing. Galilah dan koreklah jalan penyelesaian itu. Jangan cakap sahaja sehingga menunjukkan kebodohan diri.

Sambil memberikan bayangan tentang kesan lebih teruk daripada pusat pelacuran, Ridhuan berkata: “Saya yakin jika cadangan ini diterima, ramai jadi pelacur nanti adalah anak anak kita sendiri, bukan dari kalangan pekerja asing.”



Ridhuan Tee turut mengingatkan bahawa pelacuran akan membawa bencana lebih besar seperti penyakit, contohnya HIV dan AIDS.

Dia merumuskan Rosyam Nor bercakap dengan akal yang pendek dan pandangannya tidak patut diikuti walaupun dia seorang selebriti berpengaruh. Vc

Rosyam jangan jadi artis jahil – Ridhuan Tee

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker