Pasangan kekasih raja dadah pusat hiburan diberkas polis

Pasangan kekasih raja dadah pusat hiburan diberkas polis

Georgetown: Pasangan kekasih adalah antara tiga individu diberkas polis selepas disyaki mengedar dadah di pusat hiburan sekitar bandaraya ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan V Saravanan berkata, serbuan pertama membabitkan penahanan lelaki warga tempatan dan wanita warga asing berhampiran Persiaran Karpal Singh di sini, jam 7 petang, Khamis lalu.



“Menerusi penahanan pasangan itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Timur Laut kemudian menyerbu sebuah rumah di Jalan Sungai Pinang di sini, pada jam 7.45 petang, hari sama.

“Polis merampas 183 paket dadah disyaki MDMA berjumlah RM64,050, sebelum menahan seorang lagi suspek lelaki warga tempatan di Pulau Tikus, di sini.

“Turut dirampas beberapa paket dadah disyaki MDMA, ketamin dan pil eramin 5,” katanya tadi.

Mengulas lanjut Saravanan berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek berusia antara 20 hingga 31 tahun itu mendapati kesemuanya positif dadah dan memiliki rekod jenayah lampau.



“Dadah berkenaan dipercayai dijual di pusat hiburan dengan harga RM350 sepaket bagi setiap 30 gram.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggarkan berjumlah RM102,790 dan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 1,032 penagih dadah.

“Ketiga-tiga suspek direman sehingga esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan tindakan juga boleh diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya Perlucuthakan harta 1998,” katanya. HM

Pasangan kekasih raja dadah pusat hiburan diberkas polis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri



Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)



Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker