Kereta langgar gerai bazar Ramadan, peniaga melecur terkena minyak panas

Kereta langgar gerai bazar Ramadan, peniaga melecur terkena minyak panas

JELEBU: Seorang peniaga bazar Ramadan di Kuala Klawang, di sini, melecur terkena minyak masak selepas gerainya dirempuh sebuah kereta menggelongsor.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Maslan Udin, berkata kejadian jam 5.45 petang kelmarin dipercayai selepas sebuah kereta diletak di hadapan gerai menggelongsor sebelum melanggar gerai milik peniaga lelaki berusia 40 tahun asal Nilai itu.



“Kuali yang dipenuhi minyak panas tertumpah dan terkena mangsa sehingga melecur 25 peratus bahagian belakang badan, paha dan betis sebelah kiri.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jelebu dengan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, ketika kejadian, dipercayai ada dua kanak-kanak dalam kereta terbabit tanpa pengawasan ibu bapa dan polis juga masih menyiasat kes itu kerana tidak mematikan enjin ketika meninggalkan kenderaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi Sarjan Azani Jusoh di talian 016-9752980. BH



Kereta langgar gerai bazar Ramadan, peniaga melecur terkena minyak panas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’



Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama



A Aida ‘blacklist’ Ruhainies



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker