Amirudin fitnah saya dahulu – Sanusi

Amirudin fitnah saya dahulu – Sanusi

Sanusi Nor mendakwa kenyataan dibuatnya ketika ceramah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) di Jitra, Kedah, 2 Ogos lalu sekadar “perang mulut” dengan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Dalam pernyataan pembelaan difailkan sebagai respons terhadap saman dikemukakan Amirudin, menteri besar Kedah itu juga mendakwa beliau bertindak balas terhadap kenyataan fitnah Amirudin mengenainya.

Sanusi mendakwa, menjelang PRN enam negeri pada Ogos lalu, Amirudin membuat beberapa kenyataan menghina, menggelarnya “kurang ajar” dan “pengecut”.



“Memandangkan plaintif (Amirudin) sendiri telah mengeluarkan kata-kata dan tuduhan fitnah terhadap defendan (Sanusi), defendan terpaksa mempertahankan diri dengan menimbulkan isu-isu tatakelola yang menjadi perbualan dan tanda tanya (dalam) kalangan masyarakat berkaitan dengan pentadbiran plaintif.

“Isu yang ditimbulkan tersebut adalah isu kepentingan awam berdasarkan kepada fakta-fakta yang benar,” menurut pernyataan pembelaan Sanusi, merujuk kenyataan berhubung projek Selangor Maritime Gateway.

Projek itu melibatkan pelebaran dan pendalaman Sungai Klang dari Mid Valley City di Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang.

Amirudin memfailkan saman pada 30 Ogos selepas Sanusi didakwa menuduh beliau menyalahgunakan kuasanya dengan “bersubahat” bersama hartawan Vincent Tan untuk menyebabkan sebidang tanah seluas 600 ekar bernilai RM10 bilion dipindahkan kepada Berjaya Land.



Sanusi juga mendakwa kerajaan Selangor mengalami kerugian RM180 juta akibat tindakan itu.

Amirudin menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan daripada Sanusi.

Dalam pembelaannya, Sanusi mendakwa Amirudin memfailkan saman itu sebagai “satu cubaan untuk menutup tindak tanduk sendiri yang turut sama membuat kenyataan fitnah”.

Katanya, perang mulut antara ahli politik “lumrah biasa, selagi mana ia berdasarkan kepada isu dan fakta yang benar”.



Sanusi menafikan reputasi Amirudin terjejas disebabkan ucapannya.

“Plaintif masih memenangi PRN Selangor walaupun dengan majoriti yang kurang. Plaintif masih lagi dilantik sebagai menteri besar sehingga hari ini.

“Plaintif tidak pernah ditangkap atau didakwa di mana-mana mahkamah atas isu yang ditimbulkan oleh defendan,” menurut pernyataan pembelaan Sanusi.

Mahkamah Tinggi menetapkan 24 Okt untuk pengurusan kes. FMT



Amirudin fitnah saya dahulu – Sanusi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker