Harta boleh cari, nyawa isteri anak tiada ganti

Harta boleh cari, nyawa isteri anak tiada ganti

Melaka: Bakal bersara 10 hari lagi namun musibah menimpa seorang kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) apabila rumah didiami di Kampung Duyung di sini, musnah dijilat api.

Mangsa, Mustapah Baba, 60, berkata, kejadian disedari kira-kira jam 12 tengah hari semalam ketika dia pulang membawa juadah makan tengah hari untuk isteri dan dua anaknya.



Menurutnya, sebelum kejadian, dia dihubungi isteri, Waidah Hashim, 56, yang memintanya membelikan lauk.

“Isteri saya menghidap kanser paru-paru dan otak tahap empat. Selepas beli lauk di Semabok, saya menunggang motosikal pulang ke rumah.

“Namun saya terkejut melihat kepulan asap hitam dan kebakaran dipercayai akibat litar pintas pada periuk nasi elektrik.



Mustapah yang juga pemandu di Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti MBMB berkata, walaupun bersedih melihat kemusnahan rumah didiami sejak 35 tahun lalu namun dia reda dengan ketentuan Allah SWT.

“Alhamdulillah isteri dan anak-anak selamat. Harta boleh cari, tapi nyawa keluarga lebih penting,” katanya-HM

Harta boleh cari, nyawa isteri anak tiada ganti

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’



Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker