Idris Jusoh tamat kontrak pengerusi Felda lebih awal

Idris Jusoh tamat kontrak pengerusi Felda lebih awal

Bekas menteri besar Terengganu Idris Jusoh menamatkan perkhidmatannya sebagai pengerusi Felda berkuat kuasa 30 Jun ini, lebih awal dari tempoh kontrak.

Idris yang mengesahkan perkara itu di Facebook berkata, beliau menerima keputusan daripada Pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri daripada jawatan itu dan memberi laluan kepada pimpinan Anwar Ibrahim melantik pengganti baharu.



“Saya menerima keputusan dari Pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri dari jawatan pengerusi Felda berkuat kuasa pada 30 Jun.

“Keputusan ini dibuat bagi memberi laluan kepada pimpinan negara melantik pengganti yang lebih sesuai,” katanya.

Bekas menteri pendidikan tinggi daripada Umno itu dilantik sebagai pengerusi Felda pada 1 Mei 2020 kemudian disambung kontrak selama dua tahun berkuat kuasa Mei 2022 oleh pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

Kontrak baharu beliau sepatutnya tamat Mei tahun depan. FMT



Idris Jusoh tamat kontrak pengerusi Felda lebih awal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?



Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis



Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker