Pengeluaran Khas KWSP, Zafrul minta bersabar

SHAH ALAM – Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz meminta Keluarga Malaysia supaya kekal bersabar dan menunggu pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurutnya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memberi komitmen untuk berusaha menyelesaikan semua permohonan pencarum sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“KWSP telah terima 5.3 juta permohonan dengan jumlah pengeluaran RM40.1 bilion. Ini satu jumlah yang sangat besar dan sukar untuk KWSP menyalurkan jumlah sebesar ini dalam masa yang singkat.



“Kerana itulah sejak awal lagi KWSP dah maklumkan penyaluran dibuat secara berperingkat,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Selasa.

KWSP sebelum ini mengumumkan akan membuat bayaran bagi pengeluaran khas secara sekali pembayaran kepada pencarum yang layak pada 20 April ini.

Pada Ahad, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa KWSP akan mula membuat bayaran bagi pengeluaran khas kepada pencarum yang layak bermula Isnin iaitu lebih awal daripada tarikh sebelumnya, 20 April.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ramai yang telah menerima makluman daripada KWSP berhubung status permohonan mereka.



“Ada dapat pada 20 April, 21 April dan sebagainya. Memang bukan semua yang dapat pada 18 April. Jadi, jangan risau kalau permohonan anda belum diluluskan dan penyaluran belum dibuat.

“KWSP telah memberi komitmen, mereka akan berusaha menyelesaikan semua permohonan sebelum Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet



Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker