Anwar pertahan surat sokongan ‘convincing dan formidable’ wujud

Anwar pertahan surat sokongan ‘convincing dan formidable’ wujud

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan wujudnya surat ketua-ketua parti yang memberi sokongan untuknya membentuk kembali kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2020.

Ketua Pembangkang itu dilaporkan berkata, perkara itu tidak dapat direalisasikan disebabkan faktor prinsip.

“Bila saya sebut sokongan convicing (meyakinkan), formidable (kukuh), walaupun diperolok-olokkan, itu berdasarkan surat ketua-ketua parti yang memang jumlahnya itu ‘convincing dan formidable‘.

“Itu dua tahun lalu. Saya masih pertahankan surat itu ada,” katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian, The Vibes dan Malaysiakini di pejabatnya baru-baru ini.

Dalam wawancara itu Anwar menjelaskan beliau membentangkan syarat prinsip yang harus dipatuhi oleh ahli-ahli Parlimen yang mahu menyokongnya dan bersedia bekerjasama dengan PH.

L
Antara syarat prinsip dikemukakan beliau adalah keperluan memenuhi dasar tidak boleh dikompromi seperti dasar perkauman sempit, rasuah, pematuhan tatakelola dan kepimpinan baik.

Beliau turut menetapkan tidak boleh mana-mana pihak menjatuhkan kerajaan ‘ditengah-tengah’ jalan sebagaimana berlaku terhadap kerajaan PH.

“Yang saya paling tak setuju adalah menjamin orang-orang yang terdakwa dan terkait dengan rasuah dilepaskan, itu saya tegas tidak bersedia walaupun ia mungkin bermakna saya tidak dapat menjadi Perdana Menteri.

“Perkara ini harus jelas kerana negara mesti selamat daripada kebobrokan, terutama terhadap kepimpinan yang mengaut kekayaan atau rasuah.

“Saya paling tidak bersedia untuk campur tangan urusan badan kehakiman yang semestinya bebas dan berwibawa kerana kita ada pengalaman dengan badan kehakiman dahulu lagi,” katanya.

Berikutan itu, Anwar yang juga Pengerusi PH mengakui kegagalan sebilangan besar ahli Parlimen yang menyokongnya sebelum itu, mematuhi syarat-syarat prinsip ditetapkan beliau menyebabkan mereka kembali membuat keputusan pusingan U.

Pada 23 September 2020 Anwar mengumumkan beliau sudah mendapat sokongan kukuh daripada ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau sudah mendapat perkenan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong namun ditangguhkan selepas baginda mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Bagaimanapun pada 13 Oktober 2020 pihak Istana Negara mengeluarkan kenyataan Yang di-Pertuan Agong tidak menerima senarai ahli-ahli Parlimen yang menyokong Anwar ketika beliau mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan jumlah ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

“Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin. MG

Anwar pertahan surat sokongan ‘convincing dan formidable’ wujud


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker