Remaja OKU dirogol dua rakan bapa

Remaja OKU dirogol dua rakan bapa

Luluh hati seorang bapa apabila anak perempuannya berusia 13 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam menjadi mangsa rogol dua rakan lelaki itu.

Lelaki berusia 54 tahun itu hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya berusia 13 tahun itu selepas mangsa mengadu sakit perut dan pinggang ketika mereka berada di kampung, baru-baru ini.



Menurut sumber, lelaki itu kemudian membawa anaknya bertemu bidan kampung sebelum diberitahu kemungkinan anaknya itu pernah melakukan hubungan seks.

“Terkejut dengan perkara itu, dia bertanya kepada mangsa sebelum anaknya menceritakan pernah menjadi mangsa rogol dua rakan lelaki bapanya ketika suspek menumpang rumah mereka di Bukit Jalil.

“Mangsa juga memberitahu dia dirogol beberapa kali oleh suspek ketika bapanya tiada di rumah,” katanya.

Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada Selasa lalu untuk tindakan selanjutnya.



Sumber berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan setakat ini suspek masih belum ditahan. HM

Remaja OKU dirogol dua rakan bapa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)



MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker