Rumah mentua jadi stor simpan rokok seludup

Rumah mentua jadi stor simpan rokok seludup

MERSING – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Mersing berjaya membongkar kegiatan seorang lelaki yang menjadikan rumah mentuanya sebagai stor menyimpan pelbagai jenis rokok disyaki seludup, di sini, kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor, Asisten Komusioner Muhd. Zailani Abdullah berkatax bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan pegawai dan anggota dari PPM Wilayah Dua Mersing bersama anggota dari Balai Polis Sungai Ambat yang dalam tugas Ops Kontraband-Benteng Covid telah membuat serbuan di sebuah rumah di Felda Tenggaroh 6.



Katanya, hasil pemeriksaan telah menemukan sejumlah rokok pelbagai jenis disyaki tidak bercukai kastam yang disimpan di ruangan tangga hadapan premis tersebut.

“Susulan itu pihak polis telah menahan seorang lelaki warganegara tempatan berumur 36 tahun bagi membantu siasatan maakala kesemua barang rampasan telah dibawa balik ke Balai Polis Sungai Ambat dan disiasat dibawah kesalahan Akta Kastam 1967.

“Anggaran kasar nilai keseluruhan rampasan rokok termasuk cukai berjumlah RM60,000. Kes diserahkan kepada Pengawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Mersing untuk tindakan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan.

Muhd. Zailani turut menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat kegiatan jenayah kepada pihak polis bagi membenteras kegiatan jenayah termasuk penyeludupan yang menyebabkan negara kehilangan sumber cukai dan merugikan negara.



Tambahnya pasukan polis marin sentiasa bekerjasama dengan balai-balai polis yang berhampiran bagi membanteras sebarang kegiatan jenayah termasuk penyeludupan rokok, dadah, Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan lain-lain.

Katanya sebarang maklumat boleh disalurkan terus melalui talian telefon 07-237 2222. K Online

Rumah mentua jadi stor simpan rokok seludup


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker