Malaysia tegas sokongan perjuangan Palestin – Ismail

Malaysia tegas sokongan perjuangan Palestin – Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah terhadap perjuangan Palestin

Beliau berkata, negara bersama dengan masyarakat antarabangsa pada hari ini, berdiri teguh atas matlamat yang sama untuk mencari penyelesaian secara damai, adil dan saksama ke atas penderitaan yang dialami rakyat Palestin.



“Tahun ini menandakan 74 tahun sejak Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai Resolusi 181 (ii) tahun 1947 dan 44 tahun selepas pengisytiharan Hari Solidariti Antarabangsa bersama rakyat Palestin diumumkan oleh PBB.

“Malaysia bersama dengan masyarakat antarabangsa pada hari ini, berdiri teguh atas matlamat yang sama untuk mencari penyelesaian secara damai, adil dan saksama ke atas penderitaan yang dialami rakyat Palestin.

“Malaysia menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin dan akan terus secara aktif membawa agenda Palestin ke arah merealisasikan aspirasi rakyat Palestin untuk mencapai kebebasan dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai Hari Solidariti Antarabangsa, hari ini.



Hari yang signifikan disambut sejak 1978 ini diilhamkan menerusi resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 30/42 B pada 2 Disember 1977. Utusan

Malaysia tegas sokongan perjuangan Palestin – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)



Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker