Dakwaan kartel tanda pengaruh Azmin meningkat dalam Bersatu

Dakwaan kartel tanda pengaruh Azmin meningkat dalam Bersatu

Tindakan Faiz Na’aman meninggalkan Bersatu dan dakwaan kewujudan “kartel” menunjukkan pengaruh Azmin Ali dalam parti itu mungkin semakin berkembang, kata penganalisis.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia menyifatkan dakwaan Faiz bahawa “kartel” mempunyai pengaruh ke atas pemilihan calon tidak munasabah.



Isnin lalu, Faiz, bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu keluar parti selepas mengkritik pemilihan calon PRN dengan mendakwa sebahagian daripada “kartel” dan yang lain merupakan “calon bidan terjun”.

Istilah “kartel” lazimnya digunakan untuk merujuk mereka yang sehaluan dengan Azmin semasa beliau menjadi timbalan presiden PKR.

Fauzi berkata, kemunculan budaya “kartel” dalam Bersatu bukan di luar jangkaan.

“Ketika Anwar di penjara, Azminlah yang mengekalkan pucuk pimpinan dan akar umbi PKR bersama dengan kemahiran penganjuran dan perkaderannya,” katanya sambil menambah ini menyebabkan Azmin mempunyai pengaruh besar dalam parti.



Fauzi berkata, ia “hanya menunggu masa” Azmin akan mempunyai pengaruh sama dalam Bersatu, selepas beliau dan pengikutnya menyertai parti itu pada 2020. FMT

Dakwaan kartel tanda pengaruh Azmin meningkat dalam Bersatu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker