Dikencing ‘Geng Kartel’, Ketua Bersatu Hulu Selangor umum sokong BN

Ketua Bersatu Hulu Selangor Md Anuar Mohd Nor mengumumkan keluar parti kerana mendakwa telah ditipu oleh pucuk pimpinannya.

Md Anuar yang juga pengerusi PN Hulu Selangor turut muncul di pentas PH malam tadi bagi menyatakan sokongan kepada calon BN DUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim dalam PRN kali ini.

“Saya letak jawatan pukul empat petang hari ini. Keputusan ini diambil selepas berfikir panjang sebab apa yang dilakukan pada saya tidak munasabah dan tidak masuk akal.



“Jadi, apa yang berlaku ini adalah (seperti) dipermainkan geng-geng kartel dan membuatkan saya menjadi pening.

“Sekarang ini saya menyokong penuh Mohd Isa dan saya meminta ahli Bersatu sokong calon BN,” katanya di program ‘Perpaduan Ready, Pentas Anak Muda’ di Hulu Selangor.

Terdahulu, Bersatu Hulu Selangor menghadapi isu dalaman selepas Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani diumumkan sebagai calon PN bagi DUN Batang Kali.

Muhammad Muhaimin didakwa sebagai termasuk dalam kumpulan ‘kartel’, iaitu label yang sering dikaitkan dengan pemimpin Bersatu Mohamed Azmin Ali.



Susulan itu, berlaku protes membakar bendera PN dan tiga anggota Bersatu Hulu Selangor digantung keanggotaan selama tiga tahun kerana didapati mensabotaj kempen pilihan raya.

Mengulas perkembangan itu, Pengerusi PH Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata ia menandakan wujud pergolakan dalam PN.

“Ini yang kami ingin tegaskan sejak awal. Gabungan PN tidak kuat seperti PH dan BN. Rakyat perlu fikir sebelum mengundi gabungan ini yang jelas tidak stabil,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis



Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal



Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker