Perbandingan bantuan wang tunai dijanjikan PN dan PH-BN di 6 negeri

Perbandingan bantuan wang tunai dijanjikan PN dan PH-BN di 6 negeri

Dalam PRN di enam negeri kali ini, PH-BN dan PN telah menyatakan janji baru kepada para pengundi, seperti yang dapat dilihat dalam manifesto masing-masing.

Dirangka untuk mempertahankan kemenangan di tiga negeri yang dikuasai, serta merampas tiga lagi negeri lawan, kesemua 12 dokumen merangkumi rancangan pembangunan jangka panjang dan bantuan yang bersifat lebih segera.



Malaysiakini meneliti inisiatif pemberian tunai secara terus, yang ditawarkan menerusi pelbagai bantuan sekali beri secara tahunan atau bulanan, peningkatan elaun oleh agensi negeri, serta bantuan dalam bentuk diskaun, subsidi atau pinjaman.

Antara persamaan dalam manifesto kedua-dua gabungan adalah pemberian wang tunai kepada wanita yang melahirkan anak pertama, pasangan berkahwin kali pertama dan pelajar pusat latihan dan universiti tahun pertama.

Antara segmen penerima baru pula termasuk penghantar makanan p-hailing dan pemandu e-hailing – sama ada baru bermula atau sudah lama terlibat dalam bidang itu.

Perlu dinyatakan yang PH-BN dan PN tidak menyenaraikan sebarang pemberian wang tunai secara terus dalam manifesto mereka di Kedah.



Ada juga janji yang tidak menyatakan jumlah pemberian secara tepat.

SELANGOR

PH-BN

RM1,500 untuk semua mahasiswa di bawah inisiatif Bantuan Mahasiswa Kita Selangor



RM200 baucar buku untuk semua mahasiswa kelahiran Selangor di IPT

Latihan industri dengan elaun RM1,500 sebulan kepada 2,000 belia

Subsidi RM2,000 untuk ibadah Haji kepada 3,000 jemaah kali pertama

Kenaikan elaun kepada pegawai masjid: RM1,600 (imam), RM700 (bilal), RM500 (siak); RM500 (nazir)



Kenaikan khairat kematian kepada RM1,000 kepada semua

Subsidi penjagaan anak-anak RM1,000 setahun kepada ibu bekerja di bawah Insentif Wanita Kita Selangor

Bantuan sekali beri RM1,000 kepada petani dan pesawah, termasuk benih, baja dan racun serangga bagi meningkatkan hasil penuaian di bawah Insentif Pertanian Kita Selangor

PN



Bantuan membeli barangan keperluan RM400 untuk 65,000 keluarga miskin di bawah Inisiatif Bantuan Prihatin Keluarga Selangor

Sekurang-kurangnya elaun khas dua bulan kepada penjawat awam negeri

Pemberian sekali beri RM1,500 kepada semua pelajar tahun pertama di universiti dan institut latihan dan RM500 untuk pelajar Tingkatan 6 dan kolej matrikulasi di bawah skim Edustart Selangor

Kenaikan elaun kepada pegawai masjid: RM1,700 (imam), RM800 (bilal), RM600 (siak); RM600 (nazir)



Pemberian RM500 secara terus kepada semua ibu selepas melahirkan anak di bawah Inisiatif Lahir Selangor

Pemberian RM500 sebulan – selama tiga bulan – kepada wanita yang memerlukan sokongan ekoran suami yang baru meninggal dunia atau baru bercerai, di bawah Inisiatif Wanita Waja

RM1,500 kepada semua pekerja p-hailing yang melanjutkan pelajaran ke universiti di bawah inisiatif Gig Edu Selangor

subsidi penjagaan anak RM150 sebulan kepada keluarga memerlukan – yang akan memberi manfaat kepada 65,000 kanak-kanak – di bawah inisiatif Asuh Prihatin Selangor

Subsidi tambang bas sekolah RM100 sebulan untuk 20,000 murid dari keluarga memerlukan di bawah inisiatif Selangor Prihatin Anak Sekolah

RM6 juta setahun untuk kanak-kanak dari keluarga memerlukan untuk hadir ke Kelas Agama & Fardu Ain (Kafa) kerajaan

NEGERI SEMBILAN

PH-BN

Baucar RM150 untuk belia 16-21 tahun dari keluarga B40 untuk mengambil lesen motosikal

Sumbangan RM100 dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak yang lahir antara 2023 hingga 2027.

Bantuan sekali beri RM300 untuk kemasukan pelajar di sekolah berasrama penuh

Bantuan sekali beri kepada pelajar masuk universiti: RM1,000 (ijazah); RM750 (diploma); RM500 (sijil)

Pemberian RM5,000 kepada graduan kelas pertama di IPTA

Bantuan perkahwinan RM500 untuk pasangan berkahwin kali pertama

Bantuan tahunan RM200 kepada ibu tunggal berpendapatan kurang RM2,000 sebulan

Bantuan tahunan RM200 kepada warga emas berusia 70 tahun ke atas

PN

Subsidi tambang bas sekolah 20%

Subsidi 10% kos melahirkan anak atau maksimum RM300 bagi bayi pertama di bawah inisiatif Ibu Prihatn Nismilan

Subsidi RM300 untuk belia yang mengambil lesen motosikal B2

PULAU PINANG

PH-BN

Bantuan sekali beri RM1,000 untuk semua jemaah Haji dalam kalangan B40

Bantuan tahunan RM600 kepada pemandu e-hailing; insurans untuk penunggang p-hailing; bantuan tahunan RM600 kepada pemandu teksi dan bas sekolah

Bayaran bantuan tahunan kepada pesawah, petani sayuran dan nelayan

Bantuan RM500 kepada pasangan baru berkahwin di bawah program Mempelai Emas

Agihan bantuan kewangan dan biasiswa kepada pelajar IPTA dan IPTS

PN

RM1,200 untuk pelajar tahun pertama di universiti dan institut latihan, RM500 untuk pelajar kolej matrikulasi dan Tingkatan 6

KELANTAN

Bantuan perkahwinan RM2,000

Bantuan sekali beri RM3,000 kepada pelajar baru masuk universiti

Bantuan sekali beri RM1,000 kepada wanita kali pertama melahirkan anak

RM300 setahun kepada pelajar Tingkatan 6

PN

Peningkatan RM500 untuk bantuan sekali beri kepada golongan miskin, dan kalangan yang menjaga orang sakit

Terengganu

PH-BN

Bantuan tahunan RM2,000 untuk “pengurusan surau”

Kenaikan elaun kepada semua pegawai masjid, guru Al-Quran dan juru nikah

RM500 untuk ketua isi rumah, ibu dan bapa tunggal, orang kurang upaya, golongan bujang berusia 40 tahun ke atas; RM300 untuk remaja, pelajar universiti, golongan bujang berusia 40 tahun ke bawah – menerusi inisiatif sekali beri Bantuan Rakyat Terengganu

RM150 setahun untuk bantuan kembali ke sekolah kepada semua murid

Tambahan RM600 untuk bantuan sekali beri kepada pelajar yang baru masuk sekolah berasrama penuh

Bantuan RM500 untuk pasangan berkahwin kali pertama

Bantuan kemasukan universiti: RM1,500 (ijazah); RM1,000 (diploma); RM750 (sijil)

Pemberian RM1,000 atau komputer riba percuma kepada pelajar universiti

Elaun RM1,500 sebulan kepada graduan ijazah dan RM1,200 kepada graduan diploma untuk menjalani skim latihan selama setahun

Subsidi RM500 untuk pinjaman tanpa faedah sebanyak RM5,000 untuk membeli motosikal

Bantuan khas sekali beri sebanyak RM300 untuk petani, nelayan, penternak dan lain-lain

Bantuan tahunan RM800 kepada warga emas

PN

Pinjaman Islamik sehingga RM4,000 untuk membeli motosikal

Bantuan khairat kematian RM500

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker