‘Penubuhan sekolah vernakular tidak dilindungi oleh Perlembagaan’

Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak melindungi penubuhan sekolah vernakular di Malaysia.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang bertindak untuk dua kumpulan – Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) – berhujah bahawa Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah terkhilaf dalam mentafsir perlembagaan negara.

Semasa perbicaraan rayuan oleh kedua-dua kumpulan itu di mahkamah rayuan yang dipengerusikan oleh Supang Lian, Haniff mendakwa bahawa hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohd Nazlan Mohd Ghazali terkhilaf apabila memutuskan bahawa sekolah vernakular Mandarin dan Tamil bukan pihak berkuasa awam.



Peguam itu berhujah bahawa bertentangan dengan keputusan Mahkamah Tinggi, sekolah vernakular sebenarnya adalah pihak berkuasa awam, justeru dikehendaki hanya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mengikut Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya sekolah (vernakular) adalah pihak berkuasa awam, maka bahasa Tamil dan Mandarin (sebagai bahasa pengantar) akan jadi (digunakan untuk) tujuan rasmi, yang dilarang.

“Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dikatakan melindungi sekolah vernakular,” kata Haniff, sambil menambah bahawa tiada peruntukan khusus dalam Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan perlindungan untuk sekolah vernakular.

Semasa mengemukakan hujah di hadapan panel yang turut dianggotai hakim Mahkamah Rayuan M Gunalan dan Azizul Azmi Adnan, Haniff menegaskan pelbagai laporan rasmi kerajaan menjelang dan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan tidak menyokong penubuhan sekolah vernakular.



Peguam itu memetik Laporan Barnes 1951, yang menurutnya mengesyorkan penamatan sekolah vernakular yang berasingan dan digantikan dengan satu jenis sekolah rendah yang sama kepada semua, untuk membina perpaduan negara.

Haniff turut memetik Laporan Razak 1956, yang didakwanya mencadangkan bahawa objektif akhir dasar pendidikan di negara ini adalah untuk secara beransur-ansur menyatukan kanak-kanak semua kaum di bawah sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) adalah bahasa pengantar utama.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli



Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri



Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker