Radzi Jidin perlu dihukum

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin bangun mencelah ketika Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, semalam.

Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani dalam mesyuarat hari ini sebulat suara membidas tindakan biadap Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr. Radzi Jidin dan berpendirian bahawa beliau mesti dihukum atas kenyataan jahat yang dibuat terhadap Perdana Menteri pada sesi Penggulungan Usul Kajian Separuh Penggal RMK-12 di Parlimen semalam.

Pengerusinya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Ahli Parlimen itu juga enggan mematuhi arahan Yang di-Pertua (YDP) Dewan Rakyat di dalam Parlimen sewaktu sesi penggulungan tersebut.



“Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul telah pun mengikut segala prosedur yang diperuntukkan di dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat apabila Peraturan Mesyuarat 36(6) dibangkitkan berkaitan seorang ahli dewan tidak boleh membuat sangkaan jahat kepada ahli dewan yang lain.

“Beliau telah meminta Perdana Menteri menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan ‘Pentadbiran Putrajaya’ dan dimaklumkan ianya merujuk kepada pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Jelas, Ahli Parlimen Putrajaya telah tersalah sangka kononnya ‘Putrajaya’ yang dimaksudkan adalah diri beliau. YDP Dewan Rakyat seterusnya telah membuat keputusan menerima penjelasan Perdana Menteri berdasarkan Peraturan 99 iaitu Petua-petua Tuan Yang di-Pertua.

“Sekiranya masih tidak berpuas hati Ahli Parlimen Putrajaya boleh membuat usul namun arahan YDP Dewan Rakyat telah tidak dihiraukan oleh beliau yang telah dikuasai emosi melampau hingga hilang sopan, hancur tatasusila dan mengganggu sesi penggulungan sehingga 20 minit lamanya,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.



Sehubungan dengan itu katanya, Mesyuarat Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani dengan itu telah membuat ketetapan untuk meminta Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, memulakan segala usaha yang perlu bagi menggantung tugas Dr Radzi sebagai pengajaran kepada semua Ahli Parlimen.

“Adalah amat menjengkelkan apabila seorang bekas Menteri Kanan gagal menghayati prinsip Rukun Negara, Kesopanan dan Kesusilaan. Tindakan biadap Dr Radzi Jidin yang ditunjukkan kepada seluruh negara tidak wajar dibiar begitu sahaja,” jelasnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?



Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker