Moratorium tamat! Kerajaan wajar sambung kerana masih menjadi keperluan rakyat

Kerajaan wajar melanjutkan moratorium yang berakhir hari ini wajar dilanjutkan berikutan pemulihan ekonomi negara masih belum dalam keadaan stabil sepenuhnya.

Penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, lanjutan tempoh moratorium masih menjadi keperluan penting kepada rakyat di saat ini sehingga keadaan stabil iaitu sekurang-kurang dalam tempoh enam bulan akan datang.

“Musibah yang melanda berturut-turut seperti banjir di Lembah Klang dan beberapa negeri selain kesan COVID-19 sangat memberi kesan kepada rakyat untuk kembali bangkit.



“Situasi ini memerlukan sokongan kerajaan, bukan sahaja golongan B40 tetapi turut terjejas golongan pertengahan seperti M40.

“Dalam keadaan kekangan ekonomi dan pandemik yang tidak menentu, seharusnya moratorium dilanjutkan, ia pasti disambut baik terutama mereka yang terkesan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau menjelaskan, lanjutan moratarium sebenarnya tidak menjejaskan kedudukan bank sebaliknya masih mencatatkan keuntungan.

Kongsi beliau, sepanjang tempoh dua tahun berlaku moratarium tiada bank yang dilaporkan mengalami kerugian.



“Jadi keadaan ini tidak sepatutnya berbangkit dan keperluan untuk membantu golongan terjejas perlu diteruskan,” katanya yang merupakan Pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau berkata, institusi perbankan dan pihak berkuasa seharusnya meneliti kesan jangka panjang dan buruk sekiranya moratorium tidak dilanjutkan.

Malah, tidak mustahil akan timbul kesan sosial yang lebih teruk dalam masyarakat terutama melibatkan kes penceraian, kecurian, bunuh diri dan pinjaman Ah long yang semuanya berpunca beban kewangan.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]



Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker