Agong perkenan Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara

Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa Ahad lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan pada Selasa.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Idrus sebagai Peguam Negara untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 6 Mac 2022,” katanya.



Pada Jumaat lalu, media melaporkan bahawa Idrus bersedia berkhidmat sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi selepas kontrak beliau tamat.

Idrus, yang juga abang kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dilantik menjadi Peguam Negara pada 6 Mac 2020.

Sebelum menjadi Peguam Negara, Idrus pernah berkhidmat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta penasihat undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin



Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker