Tiada arahan tangkap individu keluar selepas 6 petang, video tular palsu, kata polis

Tiada arahan tangkap individu keluar selepas 6 petang, video tular palsu, kata polis
Tiada arahan tangkap individu keluar selepas 6 petang, video tular palsu, kata polis

Polis berkata artikel bertajuk ‘Tiada kompromi lagi, keluar rumah selepas jam 7 petang kena tangkap’ itu didapati disiarkan secara dalam talian pada 24 Mac tahun lepas.

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur hari ini mengesahkan video tular mendakwa pasukan keselamatan itu menerima arahan menahan individu didapati keluar rumah selepas 6 petang kecuali atas urusan kesihatan atau kecemasan adalah palsu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Yong Lei Choo, berkata berdasarkan siasatan, video tular menerusi aplikasi WhatsApp dan TikTok itu didapati diubah suai dengan meletakkan tangkap layar daripada sebuah artikel di laman sesawang.

Beliau berkata, artikel bertajuk “Tiada kompromi lagi, keluar rumah selepas jam 7 petang kena tangkap” itu didapati telah disiarkan secara dalam talian pada 24 Mac tahun lepas.



“Tangkap layar artikel berkenaan dipinda individu yang tidak bertanggungjawab dengan memasukkan logo PDRM, perkataan ‘Diraja Malaysian IPK KL Polis’ yang ternyata salah dan audio yang menyatakan bermula hari ini, sesiapa yang keluar rumah selepas jam 6 petang akan ditangkap, kecuali bagi mereka yang mempunyai urusan di klinik atau hospital dan hal-hal yang membabitkan kecemasan seperti membawa orang sakit,” katanya dalam kenyataan.

Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja

Selain itu, turut dinyatakan orang awam yang keluar rumah selepas 6 petang untuk membeli makanan akan ditahan atas arahan Ketua Polis Negara.

Yong berkata, orang ramai dibenarkan keluar rumah untuk membeli keperluan asas dan makanan pada waktu mana-mana kedai terbabit beroperasi sehingga 8 malam berdasarkan prosedur operasi standard am perintah kawalan pergerakan bertarikh 2 Jun 2021 yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.



Yong menasihati orang ramai tidak menularkan sebarang berita palsu atau maklumat yang tidak sahih.

“Individu yang dengan niat menularkan berita tidak benar berkaitan COVID-19 untuk menyebabkan ketakutan dan kebimbangan kepada orang awam adalah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Bomba bantu kebumi mangsa Covid-19 obesiti



Tiada arahan tangkap individu keluar selepas 6 petang, video tular palsu, kata polis


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

AMK beri 5 Dalil Kenapa Perlu Tolak Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker