Bomba bantu kebumi mangsa Covid-19 obesiti

Sebaran :

Bomba bantu kebumi mangsa Covid-19 obesiti

Bomba bantu kebumi mangsa Covid-19 obesiti

Sungai Petani: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dipanggil untuk khidmat khas mengangkat jenazah wanita obesiti yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.58 tengah hari untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menguruskan pengebumian jenazah wanita itu hari ini.



Menurutnya, sepasukan 11 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu membantu membawa jenazah berkenaan dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal, Tikam Batu di sini.

“Operasi itu turut diiringi dua kakitangan HSAH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

IPK Pahang Terbakar, Tiada Kemalangan Jiwa

Mohamadul Ehsan berkata, jenazah wanita berusia 55 tahun yang mempunyai masalah obesiti dengan berat 180 kilogram selamat tiba di Tanah Perkuburan Islam Pinang Tunggal pada 2.52 petang.


Menurutnya, anggotanya turut terbabit dalam kerja menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dan dibantu sebuah jengkaut.

“Urusan pengebumian di tanah perkuburan tamat pada 3.34 petang dan operasi nyah cemar serta sanitasi terhadap kenderaan, peralatan yang digunakan dilakukan di pekarangan balai bomba pada 3.51 petang,” katanya.

Meenachi meninggal dunia, Melaka hilang ikon Dondang Sayang dan berpantun

Bomba bantu kebumi mangsa Covid-19 obesiti


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Hidup Zarina Anjoulie Jadi Kucar-Kacir, Dakwa Bekas Suami Ugut Sebar Foto Aib

AMK beri 5 Dalil Kenapa Perlu Tolak Mahathir


Sebaran :

Leave a Reply