Israel lancar peluru berpandu ke Syria


BAITULMAQDIS: Tentera Israel melancarkan semalam peluru berpandu dengan mensasarkan beberapa warga Syria sebagai tindak balas terhadap serangan di selatan negara diduduki rejim Yahudi itu yang terletak berhampiran tapak nuklear rahsia, menurut tentera hari ini.

Pasukan Pertahanan Israel menerusi Twitter berkata, peluru berpandu dilancarkan ke udara dari Syria ke Negev yang terletak di selatan Israel.

“Sebagai tindak balas, kami melancarkan serangan peluru berpandu ke Syria,” kata Pertahanan Israel menerusi Twitter.

Agensi media Syria, Sana melaporkan tembakan dilepaskan Israel dari Bukit Golan dan disasarkan ke arah kedudukan di sekitar Damsyik.



Walaupun tiada laporan tentera Israel tercedera atau berlaku kemusnahan fizikal, terdapat bunyi siren pada serangan berhampiran kampung Abu Qrenat di sekitar tapak nuklear Dimona.

Israel tidak pernah mendedahkan senjata nuklearnya namun pakar antarabangsa mendakwa negara Yahudi memiliki antara 100 hingga 300 peledak nuklear.

Sana turut melaporkan senjata pertahanan udara Syria berjaya memintas sebahagian besar peluru berpandu dilancarkan Israel.

Sana yang memetik sumber ketenteraan melaporkan terdapat empat tentera cedera dan beberapa kemusnahan.



Sejak meletus perang saudara Syria pada taun 2011, Israel kerap melakukan serangan ke atas negara itu yang kebanyakan mensasarkan pasukan ketenteraan gerakan Hezbollah Lubnan termasuk tentera kerajaan.

Israel juga jarang mengaku mendalangi serangan di Syria tetapi dianggarkan sekitar 50 sasaran dipercayai dilakukan negara Yahudi itu pada tahun lalu.

Pada Februari lalu, serangan udara Israel mensasarkan kawasan Sayyida Zeinab di selatan Damsyik, yang mana Pegawai Revolusi Iran dan Hezbollah Lubnan hadir. – AFP

Halang laungan azan, polis Israel rosakkan pembesar suara Masjid Al-Aqsa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker