Sentimen anti-BN surut di Pontian cabaran buat calon PH dan PN

#PRU15

Sentimen anti-BN surut di Pontian cabaran buat calon PH dan PN

Pada 2018, “tsunami politik” yang menggulingkan ramai calon BN nomencetuskan kekalahan bersejarah gabungan itu dan hampir menyaksikan Ahmad Maslan dari Umno turut dihanyutkan di Pontian, Johor.

Bagaimanapun, apabila Malaysiakini melawat Pontian beberapa hari lalu, gelombang kemarahan terhadap BN nampaknya telah menyusut.



Dan yang paling teruk bagi Pakatan Harapan (PH), hujan lebat atau banjir pada hari pilihan raya mungkin memaksa beberapa penyokong mereka untuk tinggal di rumah, seterusnya mengurangkan peluang untuk merampas kerusi marginal yang dipegang Ahmad dengan hanya 833 undi majoriti pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Seorang pengundi yang mengaku akan tidak turun mengundi jika cuaca berubah menjadi buruk ialah warga emas berusia 70 tahun yang ingin dikenali sebagai Madame Lee.

“Jika hujan pada hari pengundian, maka saya tidak akan keluar. Suami saya menghidap Parkinson, jadi ia tidak baik untuknya.

Saya harap saya akan dapat keluar mengundi,” katanya ketika ditemui di sebuah kedai kopi tempatan.



Sentimen dan faktor luaran seperti itu boleh menenggelamkan sasaran PH Johor untuk sekurang-kurangnya 75 peratus keluar mengundi.

Tetapi bagi calon DAP Pontian Shazwan Zdainal Abidin – ia adalah sesuatu yang di luar kawalan mana-mana parti politik.

Calon BN Pontian Ahmad Maslan.
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin dan pemimpin tertinggi gabungan itu termasuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang, antara lain, telah berulang kali mendakwa hubungan ‘komunis’ DAP dan cubaan untuk menjejaskan peruntukan perlembagaan mengenai hak orang Melayu dan Islam.

Abdul Hadi turut melahirkan kebimbangan terhadap lebih ramai calon Melayu yang bertanding atas tiket DAP pada PRU ini, dengan menyatakan kebimbangan mereka digunakan untuk memenangi undi Melayu-Islam.



Sementara itu, calon perdana menteri BN Ismail Sabri Yaakob berkata pengundi tidak boleh terpedaya dengan calon Melayu DAP.

Bagi Shazwan, ia adalah cabaran yang dialu-alukan, sambil menambah bahawa meletakkan dia di kerusi seperti Pontian dan bukannya kerusi selamat boleh membantu melemahkan naratif palsu bahawa “Melayu menolak DAP”.

“Jika saya boleh menang di sini, itu membuktikan bagaimana calon Melayu DAP boleh menang di kerusi majoriti Melayu. Sekiranya saya bertanding di kawasan yang dikuasai Cina, maka naratif ini tidak akan pernah berakhir,” katanya.

Selain Shazwan dan Sheikh Omar, DAP Johor meletakkan Fatin Zulaikha Zaidi yang berusia 29 tahun di Mersing – menentang BN, PN, Pejuang dan seorang calon bebas di kubu kuat Umno.



Di Pontian, Shazwan juga akan berdepan calon PN Isa Abdul Hamid, dan calon Pejuang Jamaluddin Mohamad.

BN yakin, bagaimanapun, ia boleh mengekalkan Pontian malah menjadi lebih kuat.

Sebelum ini, Adun Pulai Sebatang Hasrunizah berkata rekod prestasi Ahmad sebagai ahli parlimen tiga penggal sudah cukup untuk mengekalkan kerusi itu sebagai kerusi “putih” (yakin menang) BN, selain meneruskan momentum yang menyaksikan BN membentuk kerajaan negeri Johor dengan 40 daripada 56 kerusi.

Kemenangan utama BN dalam PRN Mac adalah dengan hanya memenangi 43 peratus undi popular.



Dan sementara jumlah peratusan keluar mengundi dalam PRN hampir sama seperti pada 2018 – sekitar 1.5 juta – Pontian adalah salah satu daripada beberapa kawasan pilihan raya selatan yang kurang undi dibuang,

Di Pulai Sebatang, terdapat sekitar 3,600 kurang undi pada Mac berbanding 2018, manakala jumlah undi di Benut hampir sama pada kedua-dua pilihan raya.

Ini tidak mengambil kira pertambahan hampir 20,000 pengundi yang didaftarkan selepas PRU ke-14 dan juga disebabkan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik.

Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa mereka yang berdaftar secara automatik akan hadir untuk mengundi, atau akan tinggal di rumah kerana tidak berminat dalam proses politik. Mk



Sentimen anti-BN surut di Pontian cabaran buat calon PH dan PN
Sentimen anti-BN surut di Pontian cabaran buat calon PH dan PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker