Liga Super: Hujan lebat, aksi Kelantan FC menentang Sabah FC terpaksa ditunda

Aksi perlawanan Liga Super Kelantan FC menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini, terpaksa ditunda ke satu tarikh lain berikutan cuaca hujan lebat.

Terdahulu, perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 9 malam itu ditangguhkan selepas hujan berterusan bermula pukul 7 malam.

Situasi itu menyebabkan permukaan padang di Stadium Sultan Muhammad IV digenangi air.



Komisioner Perlawanan, Azhar Ahmad keluar memeriksa keadaan padang yang masih digenangi air pada pukul 9 malam iaitu waktu sebenar sepak mula perlawanan.

Selepas membuat penilaian bersama Komisioner Umum, Hasbullah Ibrahim, Pegawai Perlawanan, Mohd. Fusser Mad Sallih dan Penilai Pengadil, Rosdi Shahrul, Azhar memutuskan perlawanan tidak dapat dilangsungkan.

Perbincangan diadakan bersama ketua jurulatih kedua-dua pasukan iaitu Alfredo Vera (Kelantan FC) dan Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC) bagi mendapatkan persetujuan.

Tarikh baharu perlawanan bagaimanapun belum diputuskan dan segala ketetapan mengenai perkara tersebut akan ditentukan oleh pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).



Peminat yang hadir boleh menyimpan tiket yang telah dibeli untuk perlawanan tersebut untuk digunakan kembali pada tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Pengumuman mengenai penundaan perlawanan dan urusan tiket telah diumumkan oleh pihak pengurusan Kelantan FC.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker