‘Saya minta maaf, saya tak tahu dijangkiti Covid-19’

'Saya minta maaf, saya tak tahu dijangkiti Covid-19'

‘Saya minta maaf, saya tak tahu dijangkiti Covid-19’

“Saya rasa bersalah sebab saya tak tahu saya ada Covid-19. Langsung tak ada gejala. Saya minta maaf kepada sesiapa yang dijangkiti disebabkan saya,” kata seorang penumpang LRT, Claudia Nur Iman Anthony.

Dia disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian PCR semalam dan berkongsi perkara itu di Twitternya hari ini.



Pekerja swasta berusia 25 tahun itu berkata, dia menaiki tren LRT dari Wangsa Maju jam 7 pagi semalam dan tiba di stesen Pasar Seni 45 minit kemudian.

Katanya, selepas itu dia menaiki MRT dari Pasar Seni ke Semantan.

“Selepas saya lakukan ujian PCR, saya jalani pula ujian RTK-Antigen dan didapati negatif.

“Selepas keluar keputusan PCR jam 10 pagi ini, saya didapati positif dan diarahkan doktor menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu panggilan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika dihubungi Harian Metro.



Claudia Nur Iman berkata, dia merasa terpanggil untuk berkongsi perkara itu di Twitter kerana sedar ramai yang menggunakan koc yang sama pagi semalam.

Katanya, dia bimbang jika tidak tampil berbuat demikian, ramai yang akan berdepan masalah terutama jika menjadi pembawa senyap sepertinya.

“Saya langsung tidak ada gejala. Selain itu saya juga sudah mendapatkan vaksin untuk dos pertama.

“Tetapi saya bimbang kemungkinan ada yang dijangkiti,” katanya.



Justeru, dia berharap agar penumpang yang menaiki koc pintu ketiga pada waktu dinyatakan supaya menjalani ujian Covid-19. HM

‘Saya minta maaf, saya tak tahu dijangkiti Covid-19’


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Penumpang LRT, MRT digesa buat ujian saringan – Prasarana



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker