Usah takut kritik kerajaan demi rakyat – Tajuddin

Usah takut kritik kerajaan demi rakyat – Tajuddin

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen kerajaan perlu berani menegur pemimpin kerajaannya dan menyuarakan kritikan membina demi kebaikan rakyat, sekali gus tidak menjadi ‘yes man’ dengan mengikut dasar yang sudah dan akan diputuskan.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Malaysia (BBC Kerajaan Malaysia) yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata ia bagi membolehkan semak imbang berfungsi dalam kerajaan, selain memastikan setiap dasar benar-benar memanfaatkan.

Beliau berkata, teguran mesti dibuat setiap kali diberi peluang berbahas di Dewan Rakyat dan mereka perlu menggunakan platform itu untuk menyuarakan permasalahan rakyat di akar umbi, bukan bertikam lidah hingga tumpuan terganggu.

“Perbahasan di Dewan Rakyat biarlah berkualiti, baru berfaedah. Jangan berucap merapu, kita kena bagi cadangan. Kalau yang ini bagus, kata bagus, kalau tak bagus tegur.

“BBC Kerajaan Malaysia kena berkualiti dan bertanggungjawab. Rakyat dengar kalau menteri tidak buat kerja dan tak ‘perform’, rakyat mahu dengar wakil rakyat mereka dan ahli BBC khususnya, apa teguran dberi?

“Kita bercakap mewakili rakyat. Ahli Parlimen bercakap mewakili suara rakyat. Kita bercakap bukan mewakili suara kita, ikut syok kita saja, bukan. Perlu teguran, bukan ‘yes man’: katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, banyak permasalahan rakyat belum diselesaikan dan sukar dirungkai jika ruang Parlimen digunakan hanya untuk ‘berperang mulut’.

Minggu lalu, Tajuddin dilantik mengisi jawatan itu menggantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang kini menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.

Tajuddin bercadang mengadakan sesi pertemuan membabitkan Ahli Parlimen BBC Kerajaan Malaysia dengan menteri, timbalan serta pegawai-pegawai kementerian bagi mendapatkan input dan jawapan mengenai perancangan kerajaan termasuk kerangka Belanjawan 2022.

“Kadang-kadang kita bahas, kita sendiri pun tidak jelas. Ada perkara lagi penting dalam kementerian itu, kita tidak tegur pun. Maknanya, Ahli Parlimen kena tahu apa kementerian buat, peruntukan Bajet untuk projek apa,” katanya. BH

Usah takut kritik kerajaan demi rakyat – Tajuddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker