Rakyat dapat manfaat daripada MOU – Guan Eng

Rakyat dapat manfaat daripada MOU – Guan Eng

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa manfaat pertambahan Tabung Covid-19 dan peningkatkan had statutori hutang negara merupakan bahagian penting daripada Memorandum Persefahaman (MOU) bagi Transformasi dan Kestabilan yang telah dilakukan oleh PH untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian mereka.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sebelum ini cadangan-cadangan itu ditolak oleh kerajaan tetapi kini diterima sebagai sebahagian daripada dasar kerajaan.



“Cadangan Kementerian Kewangan untuk menambah Tabung Covid-19 sebanyak RM45 bilion daripada RM65 bilion menjadi RM110 bilion dan meningkatkan had statutori hutang negara daripada 60% kepada 65% Keluaran Dalam Negara Kasar akan membantu menyokong rakyat dan perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana semasa pembukaan semula ekonomi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, kejayaan atau kegagalan MOU itu antara perdana menteri dan empat pemimpin tertinggi PH di Dewan Parlimen pada 13 September lalu bergantung kepada apakah ia dapat dilaksanakan sepenuhnya seperti yang dijanjikan mengikut aturan masa yang ditetapkan.

Tetapi di sebalik cabaran ini, katanya, rakyat akan mendapat manfaat langsung daripada pelaksanaan MOU terutamanya Pelan Reset Covid-19 negara untuk memerangi pandemik dan Pelan Pemulihan Ekonomi RM45 bilion serta pengecualian pembayaran faedah selama tiga bulan selama moratorium pinjaman bank untuk 50% penduduk Malaysia yang terbawah.

Katanya, pengumuman baru-baru ini oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang melaksanakan langkah-langkah ini adalah hasil kejayaan pertama kepada rakyat yang mendapat manfaat daripada MOU ini. MG



Rakyat dapat manfaat daripada MOU – Guan Eng


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker