Justin Bieber Dan Hailey Perlekeh Ibadah Puasa

Justin Bieber Dan Hailey Perlekeh Ibadah Puasa

Pasangan selebriti Justin Bieber dan Hailey Bieber mendapat kecaman setelah mengeluarkan komen berbaur kebencian mengenai ibadah puasa yang dijalankan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Dalam temu bual dalam talian, Justin dan Hailey dengan senang hati mempersendakan orang yang berpuasa pada bulan Ramadan.

Di dalam video yang dikongsikan oleh Hijab Modern di laman Instagram, Justin dan Hailey membincangkan konsep puasa. “Saya perlu benar-benar memikirkannya, saya tidak pernah melakukannya…Saya rasa badan kita memerlukan nutrisi untuk berfikir dengan betul,” kata Justin.



Hailey kemudian berkata bahawa tanpa makan sepanjang hari adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Katanya, “jika anda berpuasa daripada TV, berpuasa daripada telefon, saya percaya anda boleh lakukan itu, tetapi berpuasa daripada makanan … ia tidak pernah masuk akal kepada saya.”

Komen kedua pasangan tersebut terus mendapat kecaman daripada masyarakat muslim. Sebahagian mereka menyelar komen Justin dan Hailey yang jelas tidak faham mengenai konsep berpuasa bagi orang Islam.

Pelakon Bollywood, Gauahar Khan menyelar Justin Bieber dan Hailey Bieber kerana komen mereka tentang puasa pada bulan Ramadan, dan menggelar mereka ‘bodoh’ di Instagram Stories.

“Hanya membuktikan betapa bodohnya mereka. Hanya jika mereka tahu tentang sains di sebaliknya. Dan manfaat kesihatan daripadanya! Dapatkan pendidikan @Justinbieber dan @haileybieber,” katanya.



Peminat juga menggesa mereka untuk belajar tentang puasa serta menghormati bulan mulia ini untuk umat Islam. “Nampaknya pasangan ini memang secocok sebab sama-sama kurang bijak,” kata salah seorang peminat. “Tolong didik diri Justin dan Hailey. Berfikir dengan baik dan cari ilmu mengenai puasa,” ujar peminat lagi. Vc

Justin Bieber Dan Hailey Perlekeh Ibadah Puasa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker